Page 59 - NELCON2018-PROGRAM
P. 59

F05  KAJI SELIDIK KEPELBAGAIAN GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR JABATAN TEKNOLOGI
                             MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI, POLITEKNIK MUADZAM SHAH

                                             1
                                                                        2
                    Nur Dalila binti Abdullah , Faezah binti Mohd Sa’oad , Riki Riswandi bin Zulbahri 3

             1
              Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Politeknik Muadzam Shah, Muadzam Shah, Pahang
                                               dalilaabdullah@yahoo.com
             2
              Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Politeknik Muadzam Shah, Muadzam Shah, Pahang
                                                    faezah@pms.com
             3
              Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Politeknik Muadzam Shah, Muadzam Shah, Pahang
                                                    riki@pms.edu.my

            ABSTRAK    Setiap  pelajar  mempunyai  gaya  pembelajaran  tersendiri  dalam  menerima  dan

            memproses  maklumat.  Pelajar  haruslah  mengenalpasti  gaya  pembelajaran  yang  sesuai  dengan
            kursus yang diambil. Hal ini akan memberikan impak yang positif ke atas pencapaian akademik
            mereka.  Setiap  kursus  dan  program  yang  ditawarkan  melibatkan  teoritikal  dan  praktikal.
            Walaubagaimanapun terdapat situasi di mana kaedah pengajaran pensyarah tidak sesuai dengan
            gaya pembelajaran pelajar. Oleh yang demikian, ia akan menjejaskan keputusan akademik apabila
            pelajar  tidak  dapat  menumpukan  dan  memproses  maklumat  kerana  merasakan  suasana  kelas
            yang bosan. Sekaligus menyebabkan pelajar kurang berminat dengan kursus tersebut dan mungkin
            akan berlakunya ponteng kuliah. Pelajar yang tahu menggunakan gaya pembelajaran yang sesuai
            dengan dirinya akan lebih mudah membantu mereka mencapai keputusan yang lebih cemerlang.
            Klavas  (1994)  dalam  kajiannya  mendapati  setelah  pelajar  diperkenalkan  dengan  gaya
            pembelajaran dan menggunakannya telah mendapat keputusan lebih cemerlang.


            Kata Kunci:  Gaya pembelajaran, pencapaian akademik, pelajar.

























                                                           59
   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64