Page 50 - NELCON2018-PROGRAM
P. 50
D11 KESAN PEMETAAN KONSEP TERHADAP TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS
MURID DALAM SAINS
1
Fatin Azhana Abd Aziz , Lilia Halim 2
1
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 43600, Selangor; fatinazhana@yahoo.com
2
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 43600, Selangor
liliahalim@gmail.com
ABSTRAK Kurangnya kemahiran berfikir kritis murid dalam Sains merupakan masalah utama dalam
sistem pendidikan Malaysia. Justeru, kajian ini dijalankan untuk menguji keberkesanan pendekatan
Pemetaan Konsep Kolaboratif (PKK) dan Pemetaan Konsep Individu (PKI) terhadap tahap penguasaan
Kemahiran Berfikir Kritis (KBK) murid dalam Sains. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi
eksperimen. Pemboleh ubah dimanipulasikan dalam kajian ini adalah pendekatan pengajaran dan
pembelajaran (PdP) yang terdiri daripada Pemetaan Konsep Kolaboratif (PKK), Pemetaan Konsep
Individu (PKI), dan Pengajaran Konvensional (PK). Pemboleh ubah bersandar pula merupakan tahap
penguasaan KBK murid dalam bidang pembelajaran Udara. Sampel kajian terdiri daripada 189 murid
tingkatan satu daripada dua buah sekolah menengah harian bandar. Data kajian ini diperoleh
daripada ujian diagnostik: Ujian Pra dan Pos. Keputusan ujian ANOVA satu hala menunjukkan tahap
penguasaan KBK murid kumpulan PKK adalah lebih tinggi berbanding murid kumpulan PKI dan PK,
manakala tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap penguasaan KBK antara murid
kumpulan PKI dengan PK. Justeru, pendekatan PKK boleh digunakan sebagai pendekatan alternatif
dalam proses PdP Sains bagi meningkatkan tahap penguasaan KBK murid dalam Sains.
Kata kunci: Pemetaan konsep kolaboratif, pemetaan konsep individu, kemahiran berfikir kritis,
pendidikan Sains.
50