Page 44 - NELCON2018-PROGRAM
P. 44
D05 TAHAP KESEDIAAN GURU PRASEKOLAH TERHADAP PENYEDIAAN FLIPPED CLASSROOM
1
2
Nurul Nadirah binti Ramli dan Mohamed Yusoff bin Mohd. Nor
1
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor,
nisanadirah82@yahoo.com
2
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor,
yusoff1963@ukm.edu.my
ABSTRAK Mini kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap keperihatinan guru
prasekolah terhadap penyediaan Flipped Classroom di sekolah. Pembelajaran abad 21 yang sentiasa
berkembang menggalakkan lebih banyak strategi pembelajaran. Antara yang popular adalah Flipped
Classroom.Flipped Classroom merupakan model pendekatan pengajaran yang mengalihkan masa
kuliah di dalam kelas kepada kuliah melalui video di luar kelas.Maka waktu kelas digunakan
sepenuhnya untuk aktiviti kolaborasi dan pengukuhan kepada pelajar secara individu.Pelajar diberi
video untuk ditonton sebelum masuk kelas. Di dalam kelas, hanya berlangsung sesi pembelajaran
dengan aktiviti.Tidak ada struktur khas yang tertentu bagaimana Flipped Classroom ini
dijalankan.Tetapi selagi pembelajaran menggunakan strategi kuliah yang sudah direkodkan dan
aktiviti seterusnya berlangsung dalam bilik darjah, itu dikira sebagai Flipped Classroom. Dalam
sesetengah keadaan, ianya juga melibatkan perbincangan secara online dan menjalankan kajian di
rumah.Itu pun masih dikira sebagai Flipped Classroom.Flipped Classroom adalah kaedah pedagogi
yang menyonsangkan amalan PdP biasa di mana penyampaian dan/atau pencarian maklumat baharu
berlaku di luar waktu PdP, manakala aktiviti berpusatkan murid berlaku secara aktif di dalam kelas
prasekolah. Bentuk mini kajian yang dijalankan adalah jenis kajian tinjauan yang menggunakan
borang soal selidik yang yang telah diadaptasi daripada kajian lepas iaitu Model Penerimaan
Berasaskan Keperihatinan (MBPK) atau Corncerns-Based Adoptaion Model (CBAM) oleh Tan Yi Ling
dan Lee Lay Wah (2015). Data yang diperolehi dianalisis menggunaka perisian Microsoft Excell 2010.
Teori konsepsal yang digunakan adalah Tahap Keperihatinan berkaitan inovasi adaptasi daripada Hall
dan Hord (2011). iaitu tahap kosong (0) sehingga enam (6) dan tiga peringkat keperihatinan iaitu diri,
tugas dan impak. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik yang memiliki dua (2)
bahagian iaitu Bahagian A adalah mengenai profil responden yang menggunakan skala nominal dan
ordinal, manakala bahagian B adalah mengukur tahap keperihatinan guru terhadap
penyediaan Flipped Classroom di sekolah
Kata kunci: Keperahatinan; Inovasi Flipped Classroom; Guru Prasekolah
44