Page 40 - NELCON2018-PROGRAM
P. 40
D. Instructional Design Issues
D01 PENGGUNAAN LOGIC GATE SIMULATOR SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR DALAM ASPEK
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI MODUL SSK 1023 ASAS SISTEM DIGIT DI KOLEJ KOMUNITI
SELANDAR, MELAKA
Nurul Liyana binti Mahmod
Kolej Komuniti Selandar, Jalan Batang Melaka, 77500 Selandar, Melaka.
nurulliyana_kksl@yahoo.com
ABSTRAK Keberkesanan pensyarah atau pendidik melaksanakan tugas dan tanggungjawab untuk
mendidik dan menyampaikan pengajaran bergantung kepada pelbagai faktor. Pelbagai kaedah
penyampaian boleh diterapkan dalam aspek pengajaran dan pembelajaran di mana salah satunya
dengan menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam memberikan kefahaman kepada pelajar
tentang konsep dalam sesuatu topik yang disampaikan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji
penggunaan Logic Gate Simulator (LGS) sebagai bahan bantu mengajar bagi modul SSK 1023 Asas
Sistem Digit dengan menumpukan kepada hasil pembelajaran (CLO) kedua berdasarkan kurikulum
Kolej Komuniti iaitu menunjukkan pemasangan litar logik menggunakan get-get logik. Fokus kajian
adalah merangkumi topik dua iaitu Get-get logik yang mengandungi subtopik operasi get logik asas.
Dengan adanya kit ini, pensyarah boleh menunjukkan hasil dapatan bagi litar logik yang dibina
berdasarkan rajah skematik litar secara praktikal kepada pelajar. Pensyarah juga boleh menguji
pelajar dalam aspek penyambungan wayar dan hasil dapatan berdasarkan rajah litar skematik yang
dibina secara real time. Soal selidik telah dibina bagi mendapatkan maklumbalas persepsi pelajar
terhadap penggunaan Logic Gate Simulator dalam aktiviti PdP. Seramai 74 orang pelajar telah dipilih
secara rawak sebagai responden bagi setiap sesi pengambilan iaitu dari Sesi Julai 2016 sehingga
November 2017. Analisis berbentuk deskriptif menggunakan Statistical Package for the Social
Sciences (SPSS) telah dibuat bagi mendapatkan hasil kajian. Secara keseluruhannya kesemua item
berada dalam kedudukan tinggi iaitu di antara 4.00 hingga 5.00 bagi nilai skor min. Cadangan
penambahbaikan iaitu memperluas penggunaan LGS kepada semua institusi khasnya Kolej Komuniti
supaya aspek penyampaian dalam topik get-get logik dapat disampaikan dengan lebih menarik dan
berkesan.
Kata kunci: pengajaran dan pembelajaran, Bahan Bantu Mengajar, hasil pembelajaran, get-get logik,
Logic Gate Simulator
40