Page 37 - NELCON2018-PROGRAM
P. 37
B04 PERSEPSI PELAJAR KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT TERHADAP PENGGUNAAN APLIKASI
PEMBELAJARAN EDMODO DALAM MEMBANTU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
1
3
2
Yusmaria Binti Mohd Yusoff , Nurul Izzah Binti Ibrahim , Zulkurnain Bin Hassan
Kolej Komuniti Hulu Langat, Kajang Selangor
yusmaria10@gmail.com
Kolej Komuniti Hulu Langat, Kajang Selangor
iezzah81@gmail.com
Kolej Komuniti Kota Marudu, Sabah
zulkurnainhassan@gmail.com
ABSTRAK Aplikasi Edmodo merupakan satu perisian aplikasi pendidikan (platform pembelajaran
sosial) yang menghubungkan antara guru dengan murid serta pensyarah dan pelajar. Ia
dikembangkan oleh Nic Borg dan Jeff O’Hara pada akhir tahun 2008. Kajian ini dilaksanakan bertujuan
untuk mengenalpasti persepsi pelajar Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL) terhadap penggunaan
Aplikasi Pembelajaran Edmodo dalam membantu pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana pelajar
amat terdedah dengan peranti elektronik terutamanya telefon pintar yang mana penggunaanya yang
terlalu meluas dan tidak terkawal boleh mendatangkan kesan yang negatif. Justeru itu, penguasaan
penggunaan teknologi ini perlu diperluaskan penggunaanya ke dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (PDP) agar perlaksanaanyanya lebih efektif dan berkesan seiring dengan zaman.
Tumpuan kajian adalah untuk melihat tahap penggunaan, tahap kesedaran dan persepsi pelajar
terhadap aplikasi pembelajaran Edmodo. Kumpulan sasaran kajian ini terdiri daripada 150 responden
yang dipilih melalui kelas-kelas yang menggunakan aplikasi Edmodo dalam pengajaran dan
pembelajaran. Proses pengumpulan data dilakukan secara kuantitatif melalui edaran soal-selidik
skala likert lima mata dan analisa Alpha Cronbach yang dilakukan mendapati kesahan item soalan
yang diperolehi melebihi 0.60. Data yang diperolehi dianalisa bagi mendapatkan nilai peratus dan
skor min menggunakan perisian SPSS versi 20.0. Dapatan kajian membuktikan bahawa tahap
penggunaan aplikasi Edmodo dalam kalangan pelajar adalah tinggi dengan min purata 3.67 manakala
kebanyakan pelajar juga menyedari kewujudan aplikasi Edmodo dengan min 3.77. Dari segi persepsi
pula didapati mencatatkan ,im sebanyak 4.07 yang menunjukkan tahap tinggi. Justeru itu, dapat
disimpulkan bahawa aplikasi Edmodo adalah sesuai digunakan di KKHL sebagai medium
pembelajaran era baru.
Kata Kunci: e-learning, pelajar KKHL, medium pembelajaran, Web2.0, Pembelajaran Maya
37