Page 42 - NELCON2018-PROGRAM
P. 42

D03 KEBERKESANAN PPBK DIGITAL PAPAN CERITA MENGGUNAKAN TEKNIK IVP TAHAP DIPLOMA

                                POLITEKNIK : SKOP KAJIAN DI POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

                                                                1
                                                                                   2
                                        Khairudin Bin Baharum , Noranisah Marni

                           1
                            Politeknik Ibrahim Sultan, Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual,
                                     KM 10, Jalan Kong Kong, 81700 Pasir Gudang, Johor
                                                   khairudin@pis.edu.my
                           2
                            Politeknik Ibrahim Sultan, Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual,
                                     KM 10, Jalan Kong Kong, 81700 Pasir Gudang, Johor
                                                   noranisah@pis.edu.my

            ABSTRAK  Kajian keberkesanan PPBK ini dilakukan bagi menunjukkan keberkesanan teknik IVP iaitu
            kaedah  membayangkan  (Imagine),  melakar  (Visualise)  dan  menghasilkan(Produce)  –  IVP  dalam

            proses menghasilkan Papan Cerita (Storybard). Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer
            (PPBK)  ini  disepadukan  menggunakan  teknik  IVP  dengan  kemudahan  elemen-elemen  multimedia
            supaya  perisan  yang  dibangunkan  mengukuhkan  pemahaman  pelajar.  Secara  umumnya,  subjek
            Papan Cerita dipelajari oleh pelajar-pelajar Diploma Rekabentuk Grafik bagi menghasilkan proses pre-

            produksi  sebelum  produksi  sesebuah  iklan  atau  video  dibuat.  Dengan  menggunakan  kaedah
            ini,pengajaran dan pembelajaran bagi papan cerita menjadi lebih mudah difahami oleh para pelajar
            Diploma Rekabentuk di Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual. Perisian PPBK ini dikenali sebagai
            Digital  Papan  Cerita  dibangunkan  menggunakan  Adobe  Flash,  Action  Script,  Adobe  Soundbooth,

            Adobe Premiere Pro dan perisian-perisian grafik lain, Melalui sampel kajian ke atas 20 responden,
            aplikasi  PPBK  ini  diterima  baik  di  kalangan  pelajar  dan  pensyarah  di  Jabatan  Rekabentuk  dan
            Komunikasi Visual, Politeknik Ibrahim Sultan.


            Kata kunci: Multimedia , IVP


























                                                             42
   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47