Page 35 - NELCON2018-PROGRAM
P. 35

B. Technological Issues


            B02 KESEDIAAN PELAJAR POLITEKNIK DALAM MENGIMPLIMENTASIKAN KAEDAH E-PEMBELAJARAN
                                          SEMASA MENJALANI LATIHAN INDUSTRI

                                                              1
                                        Muzafar Bin Mat Yusof , Hasmadi Hj Hassan  2

              1
               Unit Perhubungan dan Latihan Industri, Politeknik Muadzam Shah, Muadzam Shah, 26700, Pahang
                                                   muzafar@pms.edu.my
              2
               Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang, Pekan, 26600, Pahang;
                                                   hasmadi@ump.edu.my

            ABSTRAK  E-pembelajaran ialah salah satu teknologi yang banyak digunakan pada zaman era moden
            ini.  Pada  dasarnya,  e-pembelajaran  merupakan  platform  pembelajaran  yang  berkaitan  dengan

            penggunaan  media  elektronik  dan  teknologi  maklumat  dan  komunikasi  (ICT).  Pelaksanaan  e-
            pembelajaran telah dimplimentasikan di institusi pendidikan. Kini, penggunaannya telah merentasi
            sektor korporat dan industri. Kepentingan kaedah ini menyebabkan keperluan penilaian persediaan
            fizikal  dan  mental  pengguna  terhadap  persekitaran  e-pembelajaran  perlu  dilaksanakan.  Oleh  itu,

            kesediaan e-pembelajaran diperlukan dalam memastikan pengguna menggunakan kaedah ini sebaik
            yang mungkin. Kesediaan e-pembelajaran merupakan keupayaan pengguna dalam menggunakan e-
            pembelajaran  sebagai  salah  satu  kaedah  baru  dalam  pembelajaran  dan  latihan.  Hasil  daripada
            penilaian ini akan memberi panduan dalam meperkasakan pelaksanaan e-pembelajaran. Justeru itu,

            artikel konseptual ini akan membincangkan faktor kesediaan e-pembelajaran dari aspek sikap, literasi
            komputer, fasiliti dan akses teknologi untuk pelajar politeknik yang menjalani latihan industri.

            Kata kunci:  e-pembelajaran, sikap, literasi komputer, fasiliti, akses teknologi





























                                                             35
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40