Page 36 - NELCON2018-PROGRAM
P. 36
B03 POTENSI APLIKASI MUDAH ALIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UKUR KERJA
KEJURUTERAAN AWAM
Siti Asmiza Muzafar
Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang Stesyen, 35950 Behrang, Perak,
asmiza@psas.edu.my
ABSTRAK Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat potensi penggunaan aplikasi mudah alih
dalam kursus Ukur Kerja Kejuruteraan Awam. Objektif kajian adalah untuk mereka bentuk dan
membangunkan aplikasi mudah alih dalam kursus Ukur Kerja Kejuruteraan Awam serta menilai
kebolehgunaan oleh pelajar terhadap aplikasi mudah alih yang dibina ini. Sampel kajian terdiri
daripada 122 orang pelajar Diploma Ukur Bahan, Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak. Soal selidik
telah digunakan sebagai instrumen kajian dan data yang diperoleh dianalisa secara deskriptif iaitu
kekerapan, peratus dan skor min. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa
kaedah pembelajaran menggunakan aplikasi mudah alih melalui CEMAPPS mendapat purata skor min
yang tinggi iaitu 4.43 seperti item aplikasi ini menyeronokkan dalam pembelajaran dan memudahkan
sebagai rujukan. Kesimpulannya, penggunaan aplikasi mudah alih dalam kursus Ukur Kerja
Kejuruteraan Awam ini dapat meningkat kepuasan pelajar kerana kebolehgunaan aplikasi tersebut.
Selain itu, kaedah ini dapat menarik minat pelajar berbanding kaedah konvensional. Kajian akan
datang boleh dilaksanakan terhadap motivasi atau psikologi pelajar terhadap penggunaan aplikasi
mudah alih serta isu dalam pembangunan aplikasi.
Kata kunci CEMAPPS, pengajaran dan pembelajaran, ukur bahan
36