Page 33 - NELCON2018-PROGRAM
P. 33

A07  MENEROKAI DIMENSI GURU TEKNIKAL DALAM SISTEM PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN

                                                       VOKASIONAL

                                                                                     2
                                                              1
                                      Saidatul Amira Hamzah ,  Irdayanti Mat Nashir

                 Fakulti Teknikal Dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, 35900,

                                                      Perak, Malaysia
                                                saidatul.mira91a@gmail.com
                                                   irdayantis@yahoo.com


              ABSTRAK    Pendidikan  teknikal  dan  vokasional  (PTV)  memainkan  peranan  yang  penting  dalam
            membentuk tenaga kerja manusia supaya dapat memenuhi pasaran kerja di dalam industri .Oleh itu,
            guru-guru  teknikal  dan  vokasional  menjadi  aset  penting  yang  dipertanggungjawabkan  dalam
            menghasilkan sumber tenaga manusia yang diperlukan oleh negara, maka golongan guru ini perlu

            memainkan  peranan  sebagai  tenaga  pengajar  yang  bertanggungjawab  dalam  penyampaian  ilmu.
            Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menerokai dimensi guru-guru teknikal dalam sistem pendidikan
            teknikal dan vokasional di Malaysia. Dalam menerokai dimensi guru teknikal, teknik Delphi Terubah
            suai  digunakan.Teknik  Delphi  digunakan  untuk  mendapatkan  kesepakatan  bersama  pakar    dalam

            membentuk dimensi-dimensi guru teknikal dalam sistem pendidikan teknikal dan vokasional. Enam
            orang  pakar  yang  mempunyai  kepakaran,  pengalaman  dan  pengetahuan  dalam  bidang  perguruan
            pendidikan teknikal dan vokasional dipilih. Hasil kajian mendapati kepelbagaian dimensi guru teknikal
            telah  disenaraikan  daripada  kajian  lepas  dan  pandangan  pakar.  Namun,  pengkaji  telah

            menyenaraikan tiga dimensi penting yang perlu diambil kira oleh guru teknikal dan vokasional iaitu
            pengetahuan, kemahiran dan sikap.

            Kata kunci: Guru Teknikal; Pendidikan Teknikal dan Vokasional dan Teknik Delphi Terubah Suai.






















                                                             33
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38