Page 31 - NELCON2018-PROGRAM
P. 31

A05  TAHAP KESEDARAN ALAM SEKITAR DALAM KALANGAN PELAJAR FTV DI UNIVERSITI

                                                PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


                                                                                        2
                                                            1
                                    Nathasha Amirah Adnan , Raja Nazim Raja Abdullah

                   1
                Fakulti Teknikal Dan Vokasional,  Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900, Tanjung Malim Perak,
                                          Malaysia ; d064207@siswa.upsi.edu.my
               2
               Fakulti Teknikal Dan Vokasional,  Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900, Tanjung Malim Perak,
                                           Malaysia ; rajanazim@ftv.upsi.edu.my



            ABSTRAK    Kajian  ini  dilakukan  untuk  mengetahui  tahap  kesedaran  alam  sekitar  dalam  kalangan
            pelajar Fakulti Teknikal dan Vokasional Universiti Pendidikan Sultan Idris. Seramai 30 orang pelajar

            yang  terdiri  daripada  15  pelajar  lelaki  dan  15  pelajar  perempuan  daripada  Fakulti  Teknikal  dan
            Vokasional di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Instrument kajian yang digunakan adalah soal selidik
            yang  mengandungi  30  item  soalan.  Borang  soal  selidik  mengandungi  3  bahagian  iaitu  bahagian  A
            berkaitan  demografi  responden,  15  item  bahagian  B  berkaitan  sikap  responden  terhadap  alam

            sekitar,  dan  15  item  bahagian  C  berkaitan  amalan  responden  terhadap  alam  sekitar.  Data  yang
            dikumpulkan  dianalisis  melalui  kaedah  inferensi  dan  deskriptif.  Soal-selidik  telah  dianalisis  secara
            kuantitatif  dengan  menggunakan  kaedah  perisian  iaitu  perisian  SPSS  (Statistical  Process  for  Social
            Sciense)  Versi  20.0  dan  menggunakan  kaedah  taburan  kekerapan,  peratusan,  min  dan  sisihan

            piawaian. Dapatan kajian mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesedaran
            dan amalan di antara pelajar lelaki dan perempuan dalam pendidikan alam sekitar. Nilai skor min
            keseluruhan oleh amalan pelajar terhadap alam sekitar iaitu nilai min sebanyak 2.94. Manakala,  nilai
            min tahap sikap pelajar terhadap alam sekitar iaitu 3.02. Dengan  ini menunjukkan bahawa tahap
            amalan dan sikap berada dalam tahap yang sederhana.


            Kata Kunci: Tahap kesedaran alam sekitar





















                                                             31
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36