Page 30 - NELCON2018-PROGRAM
P. 30
A04 TAHAP KESEDIAAN GURU TERHADAP PENYEDIAAN “DUAL LANGUAGE PROGRAMME,(DLP)”
2
1
Nooryusma Laily Binti Talib dan Mohamed Yusoff bin Mohd. Nor
1 .
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor
nltalib@yes.my
2 .
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor
yusoff1963@ukm.edu.my
ABSTRAK Mini kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap kesediaan guru terhadap
penyediaan “Dual Language Programme, (DLP)” di sekolah. Sejajar dengan usaha memperkukuhkan
Bahasa Inggeris di bawah dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris
(MBMMBI), Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan satu program baru iaitu program
DLP . Inisiatif yang dilaksanakan menerusi Gelombang ke-2 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) ini dilaksanakan secara pilihan di mana sekolah diberi peluang menawarkan pengajaran dan
pembelajaran subjek Sains, Matematik, Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Reka Bentuk dan
Teknologi dalam dua bahasa, iaitu Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Program ini selaras dengan
objektif untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran subjek Sains Teknologi
Kejuruteraan dan Matematik, (STEM) dan juga memberi peluang kepada sekolah dan ibubapa untuk
bersama-sama membuat keputusan secara kolektif. Sekolah yang terpilih boleh menawarkan
Program DLP untuk murid Tahun 1, Tahun 4 dan Tingkatan 1 bermula tahun 2016. Pelaksanaan DLP
bertujuan untuk menyokong penguasaan kemahiran berbahasa Inggeris murid melalui peningkatan
masa pendedahan kepada Bahasa Inggeris secara tidak langsung. Dengan pengukuhan dwibahasa
seseorang murid, DLP boleh memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan akses, penerokaan
pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat global serta meningkatkan kebolehpasaran murid di alam
pekerjaan. Kajian dijalankan di sebuah sekolah kebangsaan di Wilayah Putrajaya melibatkan sepuluh
responden.
Kata Kunci: Keperahatinan; Dual Language Program; DLP; Guru
30