Page 10 - Amali Ebook
P. 10
SOALAN PERBINCANGAN :
1. Bagaimanakah kepelbagaian makrofauna tanah dari dua lokasi berbeza?
Bolehkah anda cadangkan kenapa terjadinya perbezaan antara mereka. Apakah
parameter yang anda ukur yang boleh membantu anda untuk menerangkan perbezaan-
perbezaan tersebut?
Tanah mempunyai sifat yang berbeza-beza pada pelbagai tempat menunjukkan ianya
dipengaruhi oleh banyak faktor iaitu iklim, organisme (termasuk manusia), dan juga bentuk
permukaan muka bumi atau topografi (Zulkifli, 2001). Berdasarkan dengan faktor-faktor
tersebut, maka terbentuklah pelbagai jenis tanah yang berbeza kepadatan, kelembapan,
tekstur dan kadar pendedahan tanah kepada cahaya matahari.
Kandungan tanah liat, nutrien dan keadaan saliran juga boleh menyumbang kepada
perbezaan tanah. Berdasarkan keputusan yang direkodkan, lokasi 2 mempunyai jumlah
makrofauna lebih banyak dari lokasi 1. Lokasi 1 terletak di kawasan asrama IPG Kampus Batu
Rakit manakala lokasi 2 terletak di kawasan belakang rumah di Taman Perumahan Wakaf
Tengah. Terdapat beberapa faktor biotik dan abiotik yang menyebabkan perbezaan jumlah
mikrofauna di lokasi tersebut.
Faktor-faktor:
• Cahaya matahari
Lokasi 2 terletak di kawasan yang lebih redup dan kurang mendapat cahaya matahari.
Kebanyakkan makrofauna tidak suka hidup dihabitat yang dapat disinar oleh matahari
seperti di alokasi 1. Contohnya, cacing tanah, siput, semut dan sebagainya. Serangga-
serangga tersebut lebih suka mendiami tempat yang teduh, kerana suhu lebih rendah.
• Kelembapan tanah
Seperti yang disebut diatas, lokasi 2 berada pada kedudukan yang redup dan kurang
mendapat sinaraan matahari. Oleh sebab itu, matahari tidak dapat mencapai ke tanah
secara langsung. Tanah di lokasi 2 mempunyai kelembapan yang tinggi berbanding
lokasi 1. Hal ini bermaksud kandungan airnya lebih tinggi dan keaadan tersebut
digemari kebanyakan organisma.