Page 13 - Amali Ebook
P. 13
3. Pada rajah jaringan makanan yang disediakan, labelkan jenis-jenis biota
(contohnya,fungi, nematod dan lain-lain), apa yang mereka lakukan (pemangsa,
pemakan daun dll) dan huraikan bagaimana arah aliran tenaga berlaku. Contoh,
dimanakah bermulanya pembentukan tanaga dan dimanakah ianya berakhir
(puncak rantai makanan). Apakah akan terjadi kepada tenaga dan nutrien
apabila organisma pada puncak rantai makanan mati?
Cahaya matahari
Shredders
(arthropod) Predator (arthropod)
Cacing tanah
(nematod)
Burung
(pemangsa)
Nematode
Rumput pemangsa (makan
Fungi Tikus
bakteria dan fungi)
(pemangsa)
Protozoa (amoeba,
Bahan-bahan organik flagella, cilllia)
Bakteria
Berdasarkan rajah jaringan makanan di atas, pengeluar pertama (primary producer)
merupakan rumput. Rumput memerangkap tenaga daripada cahaya matahari dan
menggunakannya untuk proses fotosintesis dimana pengeluar akan membuat makanannya
sendiri dalam bentuk glukosa (tenaga). Peratusan tenaga solar ke tenaga kimia yang
dijalankan oleh autotroph tersebut hanya sebanyak 1% hingga 5% iaitu tenaga solar kepada
biomas (Raven, 2008). Konsumer (consumers) merupakan organisma yang bergantung
kepada pengeluar (producers) dalam memperoleh tenaga. Ia termasuklah haiwan, pengurai
(decomposer) dan detritivores. Dalam rajah rantaian makanan di atas, ianya merupakan
kombinasi daripada jaringan makanan parasitik dan jaringan makanan pemangsa.