Page 11 - Amali Ebook
P. 11
• Nilai pH tanah
pH tanah sangat mempengaruhi proses mekanisma dalam tanah tersebut seperti
kadar kesuburan dan kesesuaian medium untuk kehidupan. Kedua-dua tanah lokasi
tersebut mempunyai perbezaan, kerana proses pereputan bahan organik seperti
daun-daun, rumput dan sebagainya, oleh makrofauna. Semasa proses tersebut
dijalanakan, asid organik akan dihasilkan. Asid tersebut kemudian akan merendahkan
nilai pH kawasan tanah tersebut. Selain itu, karbon dioksida yang dihasilkan oleh
makrofauna semasa proses respirasi juga akan menghasilkan asid karbonik. Asid
karbonik ini juga boleh merendahkan nilai pH tanah. Tanah lokasi 2 mempunyai nilai
pH yang lebih rendah kerana terdapat makrofauna.
Parameter yang digunakan untuk menerangkan perbezaan tersebut, adalah
tahap naungan matahari, kelembapan, pH tanah, kemapatan dan tekstur, bahan
organik, dan populasi biodiversiti. Kawasan yang mempunyai naungan matahari yang
sedikit, pH tanah yang ideal, bahan organik yang banyak, kelembapan tanah yang
sederhana dan suhu yang diigin, akan menyebabkan populasi biodiversiti dikawasan
tersebut bertambah.
2. Terangkan peranan makrofauna dalam tanah tersebut.
Tanah merupakan bahagian dari ekosistem terrestrial yang dihuni oleh banyak
organisma. Makrofauna tanah adalah kelompok fauna dari biodiversiti tanah yang
berukuran 2mm sehingga 20mm. Makrofauna tanah berperanan penting dalam
pengangkutan tanah. Makrofauna tanah merupakan haiwan tanah yang dapat dilihat
secara dengan mata kasar tanpa bantuan mikroskop seperti cacing tanah, Arthropoda,
Chilopoda (kelabang), Diplopoda (kaki seribu), Arachnida (lebah, kutu, dan kala jengking),
serangga (belalang, jangkrik, semut) dan sebagainya. Makrofauna tanah merupakan
bahagian dari biodiversiti tanah yang berfungsi dalam proses baik pulih sifat fizik, kimia
dan biologi.
Makrofauna tanah banyak berperanan dalam proses fragmentasi iaitu dengan kata
lain memecahkan komponen besar kepada kecil. Tanpa makrofauna, proses penguraian
berlaku dalam keadaan perlahan walaupun dibantu mikrofauna. Selain itu, ia memberi