Page 9 - Amali Ebook
P. 9

PERBINCANGAN :




                       Berdasarkan eksperimen yang dijalankan ini,  dapat dijelaskan bahawa lokasi yang
               dipilih terdiri daripada ekosistem tanah yang terbahagi kepada dua komponen utama iaitu
               kompenen abiotik dan komponen biotik. Lokasi pertama adalah di kawasan yang terbuka di

               sekitar  asrama  IPG  manakala  lokasi  kedua  pula  di  kawasan  teduh  di  belakang  rumah  di
               Taman perumahan Wakaf Tengah. Komponen abiotik tanah terbahagi kepada kelembapan

               tanah, kepadatan tanah, tekstur tanah. Manakala komponen biotik tanah ialah makrofauna
               dan  mikrofauna  yang  dapat  dikenalpasti  melalui  eksperimen  corong  Tullgren.  Kedua-dua
               sampel tanah yang diambil dari lokasi berbeza menunjukkan kelembapan tanah, kepadatan

               dan tekstur tanah yang berbeza.


                       Kelembapan  tanah  di  lokasi  kedua  (kawasan  Taman  Perumahan  Wakaf  Tengah)
               adalah lebih tinggi berbanding di lokasi pertama (kawasan asrama IPG). Manakala kepadatan
               tanah di lokasi pertama (kawasan asrama IPG) adalah lebih padat berbanding lokasi kedua

               (Taman Perumahan Wakaf Tengah). Seterusnya tekstur tanah yang diambil di lokasi pertama
               adalah berjenis tanah lempung iaitu tanah yang mempunyai kandungan liat tinggi, saliran
               kurang baik serta sukar digembur. Manakala tekstur tanah bagi lokasi 2 tidak begitu mampat

               dan halus.

                       Makrofauna yang dijumpai di lokasi 1 ialah 2 semut merah sahaja, manakala 1 cacing

               besar dan 4 semut hitam dijumpai di lokasi 2. Seterusnya mikrofauna yang dijumpai iaitu
               Bakteria streptomyces spp.  ada di dalam tanah bagi kedua-dua lokasi. Manakala Nematoda

               lesi akar (pratylenchus spp.) hanya dijumpai di dalam tanah bagi lokasi 2.
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14