Page 12 - Amali Ebook
P. 12
sokongan yang lebih baik bagi proses dekomposisi yang akan dilakukan oleh kumpulan
makrofauna dan mikrofauna tanah seperti bakteria dan fungi. Disamping itu, makrofauna
tanah juga berperanan penting dalam peralihan tenaga tumbuhan dan haiwan yang telah
mati, pengangkutan bahan organik dari permukaan ke dalam tanah seperti kitaran sulfur
dan nitrogen, perubahan struktur tanah dan proses pembentukan tanah. Oleh yang
demikian, makrofauna penting dalam menjaga kesuburan tanah.
Malahan struktur tanah juga akan berubah disebabkan oleh pergerakan makrofauna
tanah seperti cacing, semut, siput dan lain-lain. Ia menukarkan struktur tanah yang padat
ke tanah yang sesuai untuk berkebun. Pergerakan mereka akan mengacau tanah yang
lembab dibahagian bawah dengan tanah yang kering dibahagian atas. Hal ini
menyebakan struktur tanah menjadi halus dan sesuai untuk tumbuh-tumbuhan hidup.
Melalui percampuran tanah yang pelbagai lapis, mineral yang tenggelam di dalam tanah
akan dibawa ke bahagian atas. Selain itu, lubang yang telah digali oleh makrofauna dapat
membaiki sistem pengudaran dibawah tanah.
Akhir sekali, ia juga berfungsi sebagai bioindikator kualiti tanah yang bersifat sensitif
terhadap perubahan, dan mempunyai respon spesifik. Sebagai contoh, biomasa cacing
tanah merupakan indikator yang baik untuk mengesan perubahan pH, lokasi molekul
organik, kelembapan tanah dan kualiti humus. Penentuan bioindikator kualitai tanah
penting untuk mengetahui perubahan dalam sistem tanah akibat proses pengelolaan yang
berbeza. Perbezaan penggunaan bahan akan mempengaruhi populasi dan komposisi
makrofauna tanah.