Page 14 - Amali Ebook
P. 14

Pada peringkat pertama tenaga dialirkan daripada tumbuhan kepada pengurai. Tumbuhan
               merupakan  bahan  organik  dimana  akar  tumbuhan  akan  dimakan  oleh  nematode  seperti

               cacing tanah. Bahan organik yang terhasil dari tumbuhan dan haiwan yang telah mati pula
               dihuraikan oleh fungi dan bacteria. Pada peringkat kedua tenaga dipindahkan dari pengurai
               kepada arthropod iaitu ‘shredder’, ’grazers’ dan arthropod pemangsa. Pada peringkat terakhir

               tenaga dipindahkan dari arthropods kepada pemangsa kecil seperti burung dan tikus.





                   Apabila organisma yang berada pada bahagian atas mati iaitu burung dan tikus, nutrien
               dan tenaga tidak akan hilang tetapi ia akan kembali semula ke tanah sebagai sumber nutrien
               tanah itu sendiri. Hal ini dijelaskan dengan lebih jeas dalam kitaran karbon dan sulfur. Dalam

               situasi ini, ulat-ulat memainkan peranan sebagai pengurai semula jadi. Organisma seperti ulat
               memainkan  peranan  sebagai  pengurai  semulajadi  mereka  dengan  memakan  bangkai-
               bangkai haiwan yang mati. Sepanjang proses pemindahan tenaga dari satu tahap ke tahap

               yang lain 90% daripadanya terbebas ke persekitaran dalam bentuk haba (Silberberg, 2013).







               KESIMPULAN :


                       Kesimpulannya antara faktor yang mempengaruhi ekosistem tanah yang baik ialah
               tahap kelembapan, kepadatan dan tesktur tanah serta kandungan dan bilangan makrofauna

               yang terdapat di lokasi yang dipilih. Faktor biotik dan faktor abiotik beriteraksi antara satu
               sama lain untuk membentuk satu ekosistem yang stabil, khususnya ekosistem tanah dalam
               kes ini. Berdasarkan pemerhatian yang diperolehi daripada eksperimen ini, tanah di kawasan

               belakang  rumah  di  Taman  Perumahan  Wakaf  Tengah  dapat mewujudkan  satu  ekosistem
               tanah yang sangat baik berbanding di Kawasan asrama IPG Kampus Batu Rakit untuk tujuan
               penilaian makrofauna dan mikrofauna.
   9   10   11   12   13   14   15