Page 168 - rise 2017
P. 168
Tahap Penggunaan CIDOS bagi Kurikulum Baharu Pendidikan Islam Dalam Kalangan Pelajar
Politeknik Ungku Omar
2
1
Nur Afifah Binti Saharudin , Mohd Isa Bin Hamzah & Abd Basidh Abd Rahman 3
1 Politeknik Ungku Omar, Perak
2 Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor
3 Kolej Vokasional Lebuh Cator Perak
1 fifa6783@gmail.com
Abstrak
Pembelajaran secara elektronik dan teradun di politeknik adalah melalui Sistem Pengurusan
Pembelajaran (SPP) iaitu Curiculum Information and Document Online System (CIDOS) sebagai portal
e-pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penggunaan e-Pembelajaran melalui
Sistem Pengurusan Pembelajaran ( CIDOS ) bagi Kurikulum Baharu Pendidikan Islam. . Kajian ini ialah
reka bentuk tinjauan secara kuantitatif ke atas 322 orang pelajar yang telah mengambil kursus bagi
Kurikulum Baharu Pendidikan Islam. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan
menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Secara keseluruhannya, tahap
penggunaan CIDOS bagi aktiviti penggunaan dalam kalangan pelajar adalah pada tahap sederhana (min =
2.97). Manakala bagi tujuan penggunaan CIDOS adalah pada tahap yang tinggi (min=3.75). Oleh hal
yang demikian , implikasi kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan e-Pembelajaran yang efektif
harus melalui kepelbagaian aktiviti penggunaan yang dilaksanakan oleh pensyarah dengan memanfaatkan
pandangan positif tujuan penggunaan pelajar terhadap CIDOS. Pensyarah dicadangkan agar
menggunakan CIDOS seperti menjalankan aktiviti forum, refleksi blog, membuat video pembelajaran
dan latihan yang konsisten supaya dapat meningkatkan penggunaannya serta mencapai status
pembelajaran teradun secara aktif.
Keywords: e-Pembelajaran, Sistem Pengurusan Pembelajaran , CIDOS , pembelajaran teradun
Pengenalan
Keperluan pembelajaran elektronik ini adalah untuk memperlihatkan bahawa dunia pendidikan
memandang kepelbagaian dalam dunia pembelajaran pelajar (Learner Diversity). Politeknik turut melihat
kepada pencapaian dalam bidang keberhasilan utama (NKRA) yang mana usaha ke arah melahirkan
modal insan yang kompetetif, berfikiran global dan bertindak lokal. Hal ini bertepatan dengan misi
gagasan transformasi politeknik iaitu menerobos sempadan membina persekitaran pembelajaran
transformatif, kreatif ke arah menjana ekonomi yang dipimpin inovasi [5]. Oleh hal yang demikian,
persekitaran pembelajaran maya ini boleh membantu mencapai misi dan kepelbagaian bagi memberi
ruang kepada pelajar untuk memanfaatkan dan memaknakan pembelajaran mereka dengan lebih baik.
Pembelajaran secara atas talian yang dilaksanakan melalui CIDOS semestinya memberikan
kesan terhadap pengetahuan, kemahiran dan nilai. Ada kalanya sistem ini membantu pensyarah yang
terpaksa memenuhi tuntutan tugas di samping tidak mengabaikan pembelajaran dan pengajaran pelajar.
Hal ini menunjukkan peranan e-pembelajaran di politeknik memberi ruang kepada para pensyarah untuk
mempelbagaikan penyampaian pengajaran dan melaksanakan aktiviti berpusatkan pelajar [6].
Penyataan masalah
Pembelajaran secara elektronik dan teradun di politeknik adalah melalui Sistem Pengurusan
Pembelajaran (SPP) iaitu Curiculum Information and Document Online System (CIDOS) sebagai portal
e-pembelajaran. Oleh hal yang demikian, seluruh politeknik menggunakan Sistem Pengurusan
Pembelajaran (SPP) yang dikelolakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Penilaian. Implikasi
e-pembelajaran ini adalah untuk mendedahkan pelajar dengan bentuk pembelajaran baru kerana bahan
pembelajaran boleh dicapai di mana-mana dan bila-bila masa [9]. Oleh itu, penggunaan portal e-
Pembelajaran (CIDOS) di politeknik adalah sebagai mekanisme bagi mewujudkan persekitaran
pembelajaran maya dalam ruang pembelajaran pelajar.
Pembelajaran maya adalah untuk menambah baik kaedah dan strategi pengajaran. Malah ia