Page 169 - rise 2017
P. 169
merupakan pendekatan pembelajaran tradisional kepada pembelajaran berasaskan elektronik. Namun
Mohamad Fadzil et al. (2010) menyatakan dalam kajiannya [8] bahawa penerimaan pembelajaran
berasaskan elektronik masih kurang mendapat sambutan disebabkan oleh kesediaan para pensyarah dan
pelajar Politeknik Seberang Perai dalam memaksimumkan penggunaan. Hal ini turut dinyatakan oleh
Kamarul Arifin dan Muliadi (2010) dalam kajiannya [7] yang mendapati bahawa kesediaan pelajar
UTHM dan penggunaan e-pembelajaran adalah berada pada tahap sederhana kerana masih dalam
peringkat awal pelaksanaan kepada perubahan persekitaran pembelajaran berasaskan elektronik. Ini
menunjukkan tahap penerimaan pelajar aliran teknikal dan perubahan pembelajaran elektronik ini harus
dititik beratkan bagi kepentingan pembelajaran yang efisyen dan menarik perhatian.
Justeru itu , kajian ini adalah untuk melihat tahap penggunaan CIDOS sebagai portal e-
pembelajaran bagi kurikulum baharu Pendidikan Islam untuk memenuhi keperluan persekitaran e-
Pembelajaran di Politeknik Ungku Omar. Seperti mana hit penggunaan melalui CIDOS hanya
menggambarkan secara kasar tentang pencapaian setiap politeknik dalam menggunakan CIDOS. Namun,
ia tidak boleh menggambarkan aktiviti penggunaan dan persepsi pelajar tentang fenomena
penggunaannya.
Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti penggunaan CIDOS dalam kalangan pelajar Politeknik Ungku
Omar. Oleh itu, kajian ini adalah untuk :
1. Menentukan tahap penggunaan CIDOS dalam kalangan pelajar melalui aktiviti penggunaan dan
tujuan penggunaan sebagai platform e-pembelajaran menurut pandangan pelajar.
2. Mengenal pasti terdapat perbezaan tahap penggunaan CIDOS dalam kalangan pelajar
berdasarkan jantina
Metodologi Kajian
Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan soal selidik sebagai instrument kajian dengan
menggunakan skala yang boleh mengukur pandangan dan persetujuan yang diberikan oleh responden
berkaitan dengan tahap penggunaan pelajar melalui Sistem Pengurusan Pembelajaran (CIDOS) di
politeknik. Kajian ini melibatkan 322 orang sampel pelajar semester 2 kerana mereka telah melalui
pengalaman pembelajaran menggunakan CIDOS politeknik dan mengambil kursus yang memenuhi
kurikulum baharu Pendidikan Islam . Interpretasi ini adalah melalui 5 skala likert yang diketengahkan
dalam kajian lepas (Arbaugh et al,. 2008; Gosmire et al,. 2009; Dewwit et.al 2013). Data yang dianalisis
secara diskriptif untuk melihat skor min setiap item yang telah diuji. Skala yang digunakan dirujuk
mengikut Jadual 1.
Jadual 1
Skala Interpretasi Min
Nilai Min Tahap Intrepetasi
1.00 hingga 2.33 Rendah
2.34 hingga 3.67 Sederhana
3.68 hingga 5.00 Tinggi
Sumber: Siti Fatimah dan Abd Halim (2010)
Dapatan Kajian
Demografik
Analisis kekerapan dan peratusan dalam jadual 2 menunjukkan gambaran latar belakang responden
kajian yang melibatkan jantina , kemahiran komputer, dan peralatan mengakses CIDOS.
Jadual 2
Taburan Kekerapan dan Peratusan Demografi
Taburan Jantina, Kemahiran dan Peralatan mengakses
Kekerapan Peratusan
Jantina