Page 171 - rise 2017
P. 171

perbincangan  forum  iaitu  min  3.16  (SP=0.98).  Min  tersebut  menunjukkan  elemen  perkongsian
             pandangan yang kurang mendapat perhatian. Walaupun ruangan refleksi dan forum adalah aktiviti yang
             meningkatkan interaksi namun pelajar tidak kerap menggunakan aktiviti pembelajaran ini dalam CIDOS.
             Ini  menunjukkan  bahawa  pelajar  menggunakan  ruangan  refleksi  dan  perbincangan  forum  mengikut
             keperluan  pembelajaran.  Manakala  perkongsian  video  dan  web  juga  adalah  bergantung  pada  aktiviti
             pembelajaran.
                  Selain itu, dapatan turut menunjukkan min penggunaan yang rendah ialah penghantaran mesej
             peribadi.  Min  bagi  aktiviti  penghantaran  mesej  ialah  2.36  (SP  =  1.125)  yang  menunjukkan  bahawa
             aktiviti ini tidak mendapat perhatian dalam kalangan pelajar untuk digunakan  kerana terdapat medium
             lain  yang  digunakan  oleh  pelajar.  Hal  ini  menunjukkan  bahawa  belajar  akan  menggunakan  aktiviti
             penghantaran mesej jika pensyarah mampu membuat maklumbalas yang baik dalam aktiviti ini.
                  Oleh hal yang demikian, aktiviti penggunaan CIDOS ini banyak menumpukan kepada aktiviti
             yang melibatkan latihan pembelajaran iaitu kuiz untuk menguji kefahaman pelajar terhadap topik. Hal ini
             kerana  aktiviti  kuiz  menyumbang  kepada  keaktifan  pelajar  dalam  menggunakan  platform  CIDOS
             berbanding refleksi, forum, perkongsian web dan video serta penghantaran mesej peribadi.

             Tahap Penggunaan CIDOS Melalui Tujuan Penggunaan
             Jadual 4
             Penggunaan CIDOS Melalui Tujuan Penggunaan
              Tahap Penggunaan Cidos
              Tujuan Penggunaan                                    Min        S.P
              boleh memperolehi maklumat terkini pembelajaran      4.20       0.747
              bahan pembelajaran yang pelbagai                     4.14       0.775
              mendapat pengalaman baru                             4.12       0.808
              jimat masa berurusan dengan pensyarah                4.10       0.879
              komuniti pembelajaran yang aktif                     3.84       0.879
              sistem ini membantu pembelajaran kursus saya         3.82       0.748
              jimat masa berbincang dengan rakan                   3.76       0.981
              jimat kos mencetak bahan pembelajaran                3.67       0.750
              kelas maya memudahkan interaksi dengan pensyarah     3.65       1.043
              forum perbincangan yang menarik                      3.61       0.912
              mudah merujuk manual penggunaan                      3.52       0.880
              boleh mencatat tarikh penting di kalendar            3.48       0.904
              ruangan perbincangan kumpulan yang kolaboratif       3.29       0.871
              boleh membuat posting blog                           3.24       0.883
              penghantaran mesej individu yang cepat               3.23       1.034
              Keseluruhan min                                      3.75       0.599


             Tahap  penggunaan  yang  dilihat  selain  aktiviti  adalah  dengan  mengkaji  tujuan  penggunaan  melalui
             pandangan pelajar . Hal ini disebabkan untuk melihat kecenderungan pandangan dan persetujuan pelajar
             dalam  menggunakan  CIDOS  sebagai  sistem  penyampaian  pembelajaran.  Pelajar  yang  menggunakan
             CIDOS dengan tujuan yang positif berdasarkan aktiviti pembelajaran yang diperoleh secara atas talian
             akan membentuk pandangan yang positif dan memberikan pandangan berkaitan gambaran penggunaan
             CIDOS.
                  Dapatan  jadual  4  menunjukkan  bahawa  pelajar  cenderung  bersetuju  mengakses  CIDOS  atas
             tujuan  untuk  memperoleh  maklumat  terkini  pembelajaran  iaitu  min  4.20  (SP=0.747).  Hal  ini
             menunjukkan tujuan pembelajaran pelajar secara atas talian adalah dengan mendapatkan informasi yang
             terkini  .  Pelajar  amat  mementingkan  maklumat  pembelajaran  supaya  mereka  tidak  ketinggalan.
             Manakala, min yang tinggi turut merangkumi item yang menunjukkan bahan pembelajaran yang pelbagai
             iaitu min 4.14 (SP = 0.775) dan mendapat pengalaman baru iaitu min 4.12 (SP = 0.808). Oleh hal yang
             demikian, pandangan pelajar terhadap penggunaan CIDOS tinggi ialah berkaitan dengan kepelbagaian
             bahan  pembelajaran  dan  meningkatkan  kefahaman  tentang  pengalaman  sebenar  mereka  terhadap
   166   167   168   169   170   171   172   173   174   175   176