Page 172 - rise 2017
P. 172

pembelajaran.  Malah,  CIDOS  dianggap  platform  pembelajaran  aktif  dan  pantas  yang  memenuhi
             keperluan berinteraksi dengan pensyarah dan bahan pembelajaran.
                  Selain  itu, terdapat  juga  dapatan  yang  menunjukkan  bahawa  pelajar  lebih  memilih tidak  pasti
             bagi tujuan kemudahan interaksi dengan pensyarah menerusi kelas maya iaitu min 3.65 (SP = 1.043),
             forum  perbincangan  yang  menarik  iaitu  min  3.61 (SP=0.912),  ruangan  perbincangan  yang  kolaboratif
             iaitu min 3.29 (SP = 0.871) dan penghantaran mesej individu yang cepat iaitu min 3.23 (SP = 1.034). Min
             yang terendah adalah pada tahap sederhana yang menyatakan ketidakpastian tentang penggunaan fungsi
             mesej  untuk  tujuan  mendapatkan  maklum  balas  yang  cepat.  Hal  ini  menunjukkan  item  yang  tidak
             mendapat  perhatian  ini  lebih  kepada  fungsi  penggunaan  atau  struktur  navigasi  yang  terdapat  dalam
             CIDOS.  Begitu  juga,  rangsangan  terhadap  perkongsian  terutamanya  fungsi  forum  yang  kolaboratif
             menjadikan pelajar kurang pasti penggunaan serta keberkesanan.
                  Oleh  itu,  dapatan  menunjukkan  bahawa  pelajar  bersetuju  dengan  pandangan  bahawa  CIDOS
             digunakan adalah untuk tujuan maklumat terutama sekali hal yang berkaitan dengan pembelajaran, tarikh
             – tarikh pentaksiran, aktiviti terkini yang berkaitan dengan maklumat semasa pembelajaran. Pelajar akan
             kekal  aktif  jika  pensyarah  mampu  mempelbagaikan  aktiviti  pembelajaran  untuk  menjadikan  tujuan
             penggunaan CIDOS itu lebih bermakna.

             Perbezaan Tahap Penggunaan CIDOS Dalam Kalangan Pelajar Berdasarkan Jantina

             1.  Ho 1 : Tidak Terdapat Perbezaan Tahap Penggunaan CIDOS dalam kalangan pelajar di Politeknik
               Ungku Omar berdasarkan Jantina

             Analisis MANOVA dijalankan bagi melihat perbezaan tahap penggunaan CIDOS melalui aktiviti dan
             tujuan penggunaan berdasarkan jantina.

             Jadual 5
             Wlilks’ Lambda perbezaan tahap penggunaan CIDOS dalam kalangan  pelajar berdasarkan jantina
                                Nilai   Wilks’          DK        antara  DK      Dalam
              Kesan                           Nilai F
                                Lambda                  kumpulan        Kumpulan
              Penggunaan CIDOS
                                0.997         0.526     2               319

             Jadual  5  menunjukkan  bahawa  tidak  terdapat  perbezaan  tahap  penggunaan  CIDOS  dalam  kalangan
             pelajar berdasarkan jantina dengan nilai Wilks’ = 0.997, F(2,319) = 0.592 (p>0.05). Ini menunjukkan
             hipotesis  nol  (Ho1)  bahawa  tidak  terdapat  perbezaan  yang  signifikan  penggunaan  CIDOS  dalam
             kalangan  pelajar di Politeknik Ungku Omar berdasarkan jantina adalah diterima. Perbezaan bagi setiap
             aspek penggunaan CIDOS dalam kalangan pelajar di Politeknik Ungku Omar berdasarkan jantina dengan
             lebih terperinci di analisis dengan menggunakan MANOVA dapat dilihat seperti Jadual 6.

             Jadual 6
             Manova perbezaan tahap penggunaan CIDOS dari aspek aktiviti dan tujuan penggunaan dalam
             kalanganpelajar di Politeknik Ungku Omar berdasarkan jantina
               Tahap       Jantina    N   Min   Sisihan  Type   III   Jumlah
               Penggunaan                      piawai  Sum   of   kuasa
                                                      Squares   Df  dua   F     Sig.
                           Lelaki    167  2.95   0.59   0.169   1   0.169   0.289   0.591
               Aktiviti
                           Perempuan   155  2.99   0.61
              Tujuan       Lelaki    167  3.71   0.46   0.378   1   0.378   1.053   0.306
              Penggunaan   Perempuan   155  3.78   0.48

             Jadual  6  menunjukkan tidak  terdapat  perbezaan  yang  signifikan  tahap penggunaan  CIDOS dari  aspek
             aktiviti penggunaan dalam kalangan pelajar di Politeknik Ungku Omar berdasarkan jantina dengan nilai F
   167   168   169   170   171   172   173   174   175   176   177