Page 170 - rise 2017
P. 170
Lelaki 167 51.9%
Perempuan 155 48.1%
Kemahiran
Kurang Mahir 22 6.8%
Sederhana Mahir 266 82.6%
Sangat Mahir 34 10.6%
Peralatan
Mudah Alih (Smart phone, Ipad, Tablet) 154 47.8%
Komputer Peribadi 142 44.1%
Komputer Makmal 2 0.6%
Cyber Cafe 24 7.5%
Jadual 2 menunjukkan taburan responden berdasarkan jantina. Seramai 167 orang responden pelajar
lelaki iaitu 51.9% dan 155 orang responden pelajar perempuan telah menyertai kajian ini. Oleh hal yang
demikian, data menunjukkan peserta kajian lelaki lebih 1.9% dari peserta kajian perempuan .
Sehubungan dengan itu, demografi responden turut menggambarkan tahap kemahiran komputer mereka.
6.8% mengatakan mereka kurang mahir, 82% mengatakan mereka sederhana mahir dan 10.6%
menyatakan mereka sangat mahir. Hal ini menunjukkan pelajar Politeknik Ungku Omar kebanyakannya
dalam kalangan pelajar yang sederhana mahir. Peringkat umur responden antara 18-19 tahun merupakan
peringkat umur yang sedang mempelajari aplikasi komputer yang pelbagai dalam pembelajaran secara
atas talian.
Selain dari itu, taburan data berkaitan dengan peralatan atau cara mengakses CIDOS turut
menunjukkan bahawa seramai 154 orang pelajar menggunakan peralatan mudah alih iaitu smart phone,
Ipad dan tablet untuk tujuan mengakses CIDOS. Manakala 142 orang pelajar menggunakan komputer
peribadi mereka untuk tujuan itu. Malah 2 orang dan 24 orang sahaja yang mengakses menggunakan
kemudahan komputer makmal politeknik dan pergi ke Cyber Cafe ketika keperluan menggunakannya.
Oleh hal yang demikian, dapatan menunjukkan pelajar yang menggunakan peralatan peribadi adalah
lebih tinggi iaitu 91.9% . Hal ini kerana, keperluan memiliki komputer dan barangan ICT adalah tinggi
untuk melaksanakan pembelajaran CIDOS.
Tahap Penggunaan CIDOS Melalui Aktiviti Penggunaan
Jadual 3
Aktiviti Penggunaan CIDOS
Tahap Penggunaan Cidos
Aktiviti Penggunaan Min S.P
Penilaian kuiz 3.83 1.073
Ruangan refleksi pembelajaran 3.53 0.977
Perbincangan forum 3.16 1.118
Perkongsian web 2.93 1.171
Perkongsian video 2.85 1.222
Penghantaran mesej 2.36 1.125
Penilaian kuiz 3.83 1.073
Keseluruhan min 2.972 0.7645
Jadual 3 menunjukkan penggunaan CIDOS melalui aktiviti penggunaannya yang melibatkan ruang
pensyarah dan pelajar untuk melaksanakan pembelajaran teradun. Oleh itu, kajian mendapati bahawa
aktiviti penggunaan CIDOS menunjukkan pelajar lebih banyak menggunakan penilaian kuiz dengan
tahap penggunaan yang tinggi iaitu min 3.83 (SP= 1.073). Hal ini menunjukkan bahawa aktiviti yang
menguji semula pembelajaran dan latih tubi menjadi keutamaan pelajar dalam menggunakan CIDOS.
Oleh itu, aktiviti penggunaan bagi penilaian kuiz merupakan aktiviti yang aktif digunakan oleh pelajar.
Selain daripada itu, dapatan juga turut menunjukkan bahawa terdapat min yang sederhana
penggunaan adalah pada aktiviti ruangan refleksi pembelajaran iaitu min 3.53 (SP=0.977) dan