Page 173 - rise 2017
P. 173

= 0.289 dan sig = 0.591 (p>0.05). Dari segi min menunjukkan bahawa pelajar yang perempuan (min =
             2.99 dan sp = 0.61) lebih tinggi melaksanakan aktiviti dalam CIDOS walaupun pada tahap sederhana
             berbanding dengan pelajar lelaki (min = 2.95 dan sp = 0.59). Namun, perbezaan tersebut tidak signifikan.
             Ini menunjukkan hipotesis nol (Ho1.1) bahawa tidak terdapat perbezaan tahap penggunaan CIDOS dari
             aspek aktiviti penggunaan dalam kalangan pelajar di Politeknik Ungku Omar berdasarkan jantina adalah
             diterima. Hal ini menunjukkan bahawa pelajar lelaki dan perempuan masih berada pada tahap yang sama
             dalam  mengendalikan  aktiviti  CIDOS.  Maka,  pendedahan  kepada  kepelbagaian  aktiviti  perlu  dititik
             beratkan oleh pensyarah supaya pelajar dapat menggunakan CIDOS dengan berkesan.
                  Tidak  terdapat  perbezaan  tahap  penggunaan  CIDOS  dari  aspek  tujuan  penggunaan  dalam
             kalangan pelajar di Politeknik Ungku Omar berdasarkan jantina dengan nilai F = 1.053 dan sig = 0.306
             (p>0.05).  Dari  segi  min  menunjukkan  bahawa  pelajar  perempuan  (min  =  3.78  dan  sp  =  0.48)  turut
             mempunyai pandangan yang positif terhadap tujuan penggunaan lebih tinggi berbanding dengan pelajar
             lelaki (min = 3.71 dan sp = 0.46). Namun, perbezaan tersebut tidak signifikan. Ini menunjukkan hipotesis
             nol (Ho1.2) bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap penggunaan CIDOS dari aspek tujuan
             penggunaan dalam kalangan pelajar di Politeknik Ungku Omar berdasarkan jantina adalah diterima. Hal
             ini  menunjukkan  bahawa  pelajar  lelaki  dan  perempuan  mempunyai  pandangan  yang  sama  terhadap
             tujuan penggunaan CIDOS secara positif. Pandangan yang positif ini menunjukkan bahawa pelajar turut
             bersedia menggunakan platform CIDOS ini untuk sebarang aktiviti pembelajaran untuk meningkatkan
             sistem penyampaian pembelajaran.

             Perbincangan dan Cadangan
             Kecenderungan pelajar yang tinggi menggunakan CIDOS bagi aktiviti yang bersifat latihan pembelajaran
             iaitu kuiz dan juga refleksi adalah untuk menunjukkan bahawa hasil pembelajaran dapat dicapai dengan
             baik ataupun kandungan yang di akses dapat memenuhi keperluan penilaian. Oleh itu, kebanyakan item
             yang  berkaitan  dengan  membantu  mereka  dalam aktiviti  penilaian  kuiz  dan tugasan  melalui  interaksi,
             sokongan pensyarah, sesama saling berhubung kerana autonomi pelajar dalam pelaksanaan pentaksiran
             merupakan aspek yang penting bagi pandangan mereka.  Penilaian yang bersifat pre test dan post test ini
             penting dalam melaksanakan pembelajaran yang berkesan. Oleh itu, pensyarah telah memanfaatkan latih
             tubi  sebaiknya  dalam  CIDOS  terhadap  pelajar  bagi  meningkatkan  kefahaman  mereka  terhadap
             pembelajaran.  Kajian  ini  selari  dengan  kajian  [1]  dan  [3]  yang  mendapati  interaksi  dan  penggunaan
             pembelajaran  secara  atas  talian  adalah  kebanyakannya  melalui  pop  kuiz  dan  refleksi  yang  bertujuan
             untuk  menilai  kembali  pembelajaran  secara  atas  talian.  Penggunaan  CIDOS  melalui  aktiviti  ini
             menjadikan pelajar mampu mengenal pasti kelemahan dan kekuatan yang terdapat dalam pembelajaran
             dan pentaksiran mereka.
                Maklumat  yang  tersusun  secara  sistematik  dan  terkini  adalah  perspektif    yang  penting  dalam
             menunjukkan perancangan pembelajaran CIDOS. Oleh hal yang demikian, tujuan penggunaan CIDOS
             yang positif ialah pelajar cenderung menggunakan CIDOS di politeknik untuk mendapatkan maklumat
             terkini  pembelajaran.  Pelajar  kebanyakannya  bersetuju  bahawa  melalui  CIDOS  mereka  mudah
             berinteraksi dengan pensyarah untuk mendapatkan tarikh yang penting dan struktur kursus yang tersusun
             dengan  dimuat  naik  tepat  pada  masa  keperluan  mereka.  Tambahan  pula,    situasi  ini  selari  dengan
             pandangan  Moore  &  Kearsley  [10]  menjelaskan  berkaitan  dengan  tanggapan  pelajar  terhadap
             penggunaan medium yang membolehkan pembelajaran secara atas talian adalah untuk tujuan pentaksiran
             yang  boleh  mendapatkan  arahan  yang  jelas  dan  adil  serta  melibatkan  tarikh  penting  seperti  tarikh
             penghantaran  tugasan  amat  dititik  beratkan  oleh  pelajar.  Sehubungan  dengan  itu,  dapatan  kajian
             menunjukkan  pelajar  berpandangan  bahawa  mengetahui  maklumat  terkini  pembelajaran  dan
             kesaksamaan  dalam  pentaksiran  adalah  penting  bagi  mereka  sekiranya  menggunakan  platform
             pembelajaran CIDOS tersebut. Kajian ini juga bertepatan dengan kajian Subramaniam et al. [12] yang
             menunjukkan  90%  peratus  pelajar  bersetuju  bahawa  mendapatkan  perkara  penting  terutamanya  tarikh
             pentaksiran dalam tempoh pembelajaran, aktiviti terkini yang diarahkan oleh pensyarah dan muat turun
             bahan  pembelajaran  merupakan  tujuan  yang  menyebabkan  pelajar  mengakses  SPP  untuk  mengetahui
             makluman.

             Kesimpulan
             Secara rumusannya, dapatan  kajian ini  telah  mencapai  objektif  kajian  dan  menjawab persoalan  kajian
             yang merangkumi analisis deskriptif dalam menentukan tahap penggunaan. Begitu juga perbezaan jantina
   168   169   170   171   172   173   174   175   176   177   178