Page 252 - rise 2017
P. 252
Kajian Kes Penggunaan Kenderaan Sendiri Di Kalangan Pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal
Abidin: Keperluan Atau Kehendak
Wan Salmizi Bin Wan Mahmood , Zainal Anuar Bin Bakri & Syed Arifin Bin Engku Sulong
Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu
awan.salmizi@psmza.edu.my
Abstrak
Tahap penggunaan kenderaan meningkat setiap tahun kerana menjadi medium asas penggunaan harian.
Isu penggunaan kenderaan ini menjadi pendebatan penggunaannya menjadi keperluan atau kehendak.
Pengunaan kenderaan di IPT oleh pelajar amat tinggi kerana menjadi kemudahan asas oleh mereka.
Isunya, adakah penggunaan kenderaan ini menjadi keperluan atau kehendak oleh pelajar IPT? Kajian ini
dijalankan untuk menentukan penggunaan kenderaan di IPT satu keperluan atau kehendak. Kajian ini
dijalankan di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA). Data untuk kajian ini menggunakan data
skunder yag diperolehi daripada Pejabat Hal Ehwal Pelajar PSMZA. Data yang diperolehi adalah
peratusan penggunaan kenderaan dari tahun 2014 sehingga tahun 2016. Kategori kenderaan pula adalah,
motosikal dan kereta. Kajian juga menambah hasil kajian lepas mengenai penggunaan kenderaan oleh
pelajar untuk menguatkan lagi hasil dapatan kajian. Hasil dapatan kajian ini mendapati penggunaan
kenderaan menjadi keperluan kepada pelajar IPT.
Kata Kunci: Pelajar IPT; Kemahuan; Kehendak; Politechnic; PSMZA.
Pengenalan
Tahap pemilikan kenderaan semakin meningkat kerana pengangkutan merupakan perkhidmatan yang
penting dalam kehidupan untuk mengangkut barangan dan manusia [1]. Jumlah kenderaan yang berdaftar
di negara ini telah mencecah sehingga 14.8 juta sehingga akhir tahun 2016 berbanding hanya 7.6 juta
sepuluh tahun lalu [2]. Malaymail Online melaporkan [3], 71.9 peratus dari keseluruhan isi rumah di
Malaysia mempunyai atau menggunakan kereta. Dalam era yang serba canggih dan moden ini, tahap
pemikiran dan kemahuan manusia juga seiring dengan perkembangan teknologi. Kehidupan dan gaya
seseorang yang bergelar mahasiswa IPT juga turut berubah ke arah kehidupan yang lebih menjurus kepada
kesenangan untuk mereka menjalani pembelajaran di IPT. P. Belgiawan et. al., [4] menekankan, pemilikan
kenderaan ini bukan sebagai tanda kemewahan seseorang.
Salah satu kriteria yang mencerminkan kehidupan mahasiswa yang telah berubah ke arah
kehidupan yang lebih maju ialah melalui penggunaan kenderaan di kalangan mereka semasa menuntut di
IPT. Selain itu, penggunaan kenderaan menjadi satu keperluan atas faktor keselamatan pelajar [5].
Tambahan pula, pengguna juga merasakan bahawa menggunakan kenderaan persendirian lebih selesa jika
dibandingkan dengan menggunakan kenderaan awam [6]. Walaubagamanapun, Berita Harian [7]
melaporkan perkhidmatan pengangkutan awam berkesan penting kerana ia memberi kesan sosial positif
seperti penurunan kesesakan lalu lintas di pusat bandar, pengurangan kadar kemalangan jalan raya. Astro
Awani [8] dalam laporannya menambah, penggunaan pengangkutan awam pada tahun 2013 meningkat 1.2
peratus kepada 20.8 peratus berbanding 19.6 peratus pada tahun 2012.
Galakan penggunaan kenderaan di IPT mungkin akan menjadi isu kesesakan lalulintas. Isu ini
menyebabkan pelajar terpaksa berdepan dengan peraturan kampus berkenaan isu tersebut. Kajian oleh
Sahar Abd Ali Dawood [9], mencadangkan bayaran di tempat letak kereta di dalam UKM dan
menghadkan ruang tempat letak kereta supaya dapat mengelakkan kesesakan lalulintas. Manakala,
tindakan Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengharamkan penggunaan motosikal di dalam kampus telah
berjaya mengurangkan kadar kemalangan di universiti itu [10]. Kajian ini dijalankan untuk menentukan
penggunaan kenderaan di IPT satu keperluan atau kehendak.
Metodologi
Kajian ini dijalankan di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA). Data untuk kajian ini
menggunakan data skunder yag diperolehi daripada Pejabat Hal Ehwal Pelajar PSMZA. Data yang