Page 253 - rise 2017
P. 253
diperolehi adalah peratusan penggunaan kenderaan dari tahun 2014 sehingga tahun 2016. Kategori
kenderaan pula adalah, motosikal dan kereta. Selain itu, kajian memperolehi data statistik penggunaan
kenderaan secara keseluruhan mengikut semester. Kajian juga menambah hasil kajian lepas mengenai
penggunaan kenderaan oleh pelajar untuk menguatkan lagi hasil dapatan kajian.
Perbincangan
Rajah 1 menunjukkan data penggunaan kenderaan dari tahun 2014 sehingga 2016. Data pada tahun 2014
menunjukkan bahawa 45% penggunaan motosikal dan 5% pelajar menggunakan kereta manakala 50%
lain-lain kenderaan. Pada tahun 2015, peningkatan penggunaan motosikal dan kereta sebanyak 10%
berbanding tahun 2014. Manakala, pengurangan sebanyak 20% perhadap penggunaan lain-lain kenderaan.
Tahun 2016, menunjukkan penurunan penggunaan motosikal sebanyak 5%. Manakala penggunaan kereta
pula meningkat sebanyak 5%. Pemerhatian berdasarkan gambarajah 1, jelas menunjukkan kepada kadar
penggunaan kenderaan dikalangan pelajar semakin meningkat dari tahun ke tahun. Ini telah
mengakibatkan penggunaan kenderaan lain-lain mengalami penurunan.
60
50
40
motorcycles
30
cars
20 others
10
0
Year 2014 Year 2015 Year 2016
Rajah 1 Peratusan Penggunaan Kenderaan
Rajah 2 menunjukkan statistik penggunaan kenderaan mengikut semester. Semester pertama
menunjukkan 5% penggunaan kenderaan di PSMZA. Penggunaan kenderaan pada semester pertama amat
kurang kerana pengurusan PSMZA menetapkan pelajar semester pertama dikehendaki mendiami asrama.
Pada semester kedua, berlaku peningkatan penggunaan sebanyak 25%. Berdasarkan data yang diperolehi,
penggunaan kenderaan mula menurun bermula semester ketiga sehingga semester keenam (20% sehingga
10%). Mengikut laporan pengurusan, statistik menunjukkan ada juga pelajar semester 1 terutamanya yang
telah mendiami asrama membawa kenderaan samada motosikal mahupun kereta.
30
25 Semester 1
20 Semester 2
15 Semester 3
Semester 4
10
Semester 5
5
Semester 6
0
statistik mengikut semester
Rajah 2 Statistik penggunaan kenderaan
Kesimpulan
Berdasarkan data yang diperolehi, kajian menyimpulkan penggunaan kenderaan merupakan satu keperluan
kepada pelajar. Kajian ini disokong oleh beberapa kajian lepas. Kajian oleh R. Uyob et. al. [6],
penggunaan kenderaan persendirian adalah perlu di sebabkan oleh kurangnya alternatif pengangkutan