Page 50 - PROFILE MAQASID SHARIAH
P. 50
Rahmat yang terungkap dalam ayat tersebut diterjemahkan ke dalam nilai-nilai Maqasid Syariah,
iaitu memperoleh kebaikan dan mengelakkan keburukan. Justeru, segala ajaran Syariat yang
diturunkan oleh Allah adalah terangkum dalam dua nilai tersebut yang merupakan subjek asas
kepada Maqasid Syariah.
Maslahah yang menjadi teras kepada Maqasid Syariah adalah sesuai untuk semua manusia pada
setiap tempat dan zaman; untuk orang Islam dan bukan Islam. Ini berasaskan konsep Islam rahmat
untuk sekalian alam dan Syariatnya adalah selari dan menepati fitrah manusia. Bidang pentadbiran
negara merupakan salah satu lapangan yang diberikan perhatian dalam Syariat. Ia adalah lapangan
yang sangat penting dan menjadi tonggak kepada kesejahteraan manusia. Bagi memastikan konsep
rahmatan lil ‘alamin dilaksanakan dalam aspek tadbir urus negara, nilai-nilai Maqasid Syariah
hendaklah mengiringi segala tindakan dan urusan pentadbiran negara agar kemaslahatan rakyat
dan negara terjamin.
50 Profil Maqasid Syariah