Page 52 - PROFILE MAQASID SHARIAH
P. 52
Kepentingan Maqasid Syariah
2 Dalam Tadbir Urus Negara
Kepentingan pengamalan dan penghayatan Maqasid Syariah dalam pentadbiran negara terserlah
melalui perkara-perkara berikut:
i. Memberikan fleksibiliti dalam urusan pentadbiran sejajar dengan kemaslahatan
Urus tadbir negara berdasarkan kepada Maqasid Syariah akan menyerlahkan bahawa Syariat
Islam dalam urusan pentadbiran adalah bersifat fleksibel sejajar dengan kemaslahatan. Ini
kerana urusan-urusan pentadbiran tidak hanya dihadkan kepada nas-nas wahyu sama
ada al-Quran dan Sunnah, tetapi ia terbuka kepada ijtihad pemerintah selagi mana tidak
ada pelanggaran terhadap nas-nas Syara’. Justeru, kefahaman terhadap Maqasid Syariah
dan penghayatannya dalam urus tadbir negara akan menyerlahkan keindahan Islam dan
kesesuaiannya sebagai agama sejagat sepanjang zaman.
ii. Menghasilkan tindakan-tindakan yang berpandangan jauh yang membawa kepentingan
kepada negara dan rakyat
Dengan berpandukan kepada kaedah-kaedah dalam Maqasid Syariah, pemerintah akan
sentiasa berpandangan tajam dan jauh dalam menilai dan menimbang antara tahap-
tahap kemaslahatan dan kemudaratan yang terhasil daripada sebarang tindakan. Dengan
pertimbangan tersebut, tindakan-tindakan kerajaan akan sentiasa membawa kepada
kemaslahatan dan memberikan kepentingan walaupun secara zahir dan dari pandangan
singkat ia merugikan.
52 Profil Maqasid Syariah