Page 38 - 73rd Issue info kampus : UiTM Sarawak Bulletin
P. 38
38
Peserta ekspedisi bersama banner “XPDC 111116. Peserta ekspedisi tersenyum puas selepas berjaya
Semua Puncak Ku Tawan” menawan puncak Gunung Gading.
10 pendaki UiTM Sarawak tawan puncak
Gunung Gading sempena XPDC 111116 UiTM:
Pendakian 60 Puncak Sempena Sambutan 60 Tahun UiTM
Oleh: Mohammad Abang
eramai 10 orang pendaki dari kalangan kakitangan dan pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Sarawak berjaya menawan puncak Gunung Gading di Lundu pada 11 November 2016.
SEkspedisi pendakian tersebut adalah bersempena dengan ‘XPDC 111116 UiTM: Pendakian 60 Puncak
Sempena Sambutan 60 Tahun UiTM’ yang disertai semua kampus cawangan UiTM sekali gus mendapat
pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai penaklukan puncak terbanyak dalam tempoh satu
hari. Ekspedisi ini diketuai oleh Kapten (Kesatria) Abdul Faeez Izdihar bin Abd. Jaffar, Penolong Pegawai
Kesatria UiTM Sarawak.
Program anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Sarawak itu bertujuan menyemarakkan
lagi semangat kerjasama berpasukan dan perpaduan di antara kakitangan dan pelajar UiTM. Ia juga
menjadikan aktiviti koservasi alam sekitar untuk tujuan pemuliharaan flora dan fauna di samping
melestarikan keindahan alam sekitar di kawasan perkhemahan dan sepanjang trek pendakian. Aktiviti
ini diharap mampu menanam sikap prihatin terhadap kebersihan alam sekitar di dalam jiwa para
peserta. Pada masa yang sama, ekspedisi ini juga bakal menjadikan gunung yang terpilih sebagai
gunung angkat bagi tujuan projek sukarelawan UiTM Sarawak pada masa akan datang.
Selain itu, ekspedisi ini berupaya membudaya dan menanamkan nilai-nilai kesukarelawanan yang tinggi
di kalangan mahasiswa dan warga UiTM di samping mempelajari pelbagai bentuk pengetahuan,
pengalaman serta perkara yang tidak diperolehi melalui pendidikan secara formal. Para mahasiswa juga
dapat dengan membina hubungan erat di antara mereka dan komuniti setempat dengan melatih mahasiswa
menerajui serta melaksanakan aktiviti yang melibatkan perhubungan luar dan komuniti setempat.
Di antara pendaki yang berjaya menawan puncak Gunung Gading adalah ASP/PB Hadyan Abd Rahman,
Insp/PB Mohamad Shalihin bin Hj Salleh, Encik Mohd Farid Assamani bin Mohamed Zainon, Encik
Mohammad Noor Azuan bin Hamdan, Encik Mohamad Ramzi bin Ali di samping pelajar iaitu Lt. M (Kesatria)
Hary anak Jemmy, Lt. M (Kesatria) Mohd Shamsol bin Mohd Syafiq dan KRK Amirul Hadi bin Salim.
Ketua ekspedisi Abdul Faeez Izdihar semasa di 6 Kepuasan jelas terpancar di wajah peserta ekspedisi
puncak Gunung Gading. selepas menawan puncak Gunung Gading