Page 35 - 73rd Issue info kampus : UiTM Sarawak Bulletin
P. 35

35





                                                                               BENGKEL

                                                                      KECEMERLANGAN

                                                                     AKADEMIK OMSAR



                                                                       Oleh: Gladys Sebi Entigar & Nur Farra Ezlyn

                                                                      ada 26 dan 27 Ogos 2016, Persatuan OMSAR
                                                                      (Office  Management  Sarawak) dari Diploma
                                                                PPengurusan dan Teknologi Pejabat telah
                                                                 mengadakan Bengkel Kecemerlangan Akademik
                                                                 untuk pelajar-pelajar semester 1, 3 dan 5. Seramai
                                                                 13 orang pensyarah dan 24 orang ahli jawatankuasa
                                                                 OMSAR telah  terlibat  dalam  menjayakan program
         ini, di bawah seliaan Penyelaras Persatuan, Cik Gladys Sebi. Bengkel Kecemerlangan Akademik merupakan salah
         satu program kelas bimbingan yang dianjurkan oleh Persatuan OMSAR pada setiap semester. Para pensyarah
         yang mengajar kod kursus yang mempunyai peratusan kegagalan yang tinggi telah dijemput hadir untuk
         memberi ceramah bagi membantu pelajar memahami kod kursus yang diajar. Selain dari meningkatkan
         peratusan pelajar lulus dan tamat dengan memperolehi CGPA > 3.00, bengkel ini juga banyak membantu para
         pelajar BM118 mengetahui cara-cara belajar yang lebih efektif dan berkesan.





                                            LAWATAN AKADEMIK KE


                                          SENTOSA SPORTS CENTRE


                                                                    Oleh: Zalina Ibrahim

                                                 ada 13 Mei 2016, program mentor-mentee dengan 19 orang
                                                 pelajar dari program Perniagaan Antarabangsa (BM246) di bawah
            Jurulatih Bob menunjukkan cara-cara   Pseliaan Puan Zalina Ibrahim telah melawat Sentosa Sports
              memanah kepada para pelajar
                                            Centre di Batu 7, Kota Samarahan untuk mendapatkan pendedahan
                                            mengenai perniagaan  memanah yang dijalankan di samping mencuba
                                            ‘mini tournament’  memanah. Lawatan bermula pada jam 2.30 petang
                                            dengan ucapan aluan Pengurus Besar Sentosa Sports Centre, Encik
                                            Avin Liu. Pelajar kemudian dibawa melawat kawasan dan diberi sedikit
                                            pendedahan  mengenai urusan  perniagaan  memanah,  dari  aspek
                                            operasi dan juga proses jual beli barangan dari luar negara. Kebanyakan
            Pelajar-pelajar mencuba melakukan  peralatan memanah adalah diimport dari negara-negara luar seperti
                  aktiviti memanah
                                            Amerika, Australia dan China. Setelah itu, pelajar-pelajar diajar cara
                                            menggunakan peralatan memanah oleh jurulatih khas memanah,
                                            Encik Bob. Pelajar juga dibenarkan untuk melakukan aktiviti memanah
                                            dengan mengadakan  ‘mini tournament’.  Program ini amat bermanfaat
                                            kepada pelajar yang hadir kerana pelajar bukan hanya belajar dari
                                            aspek perniagaan memanah, malah dapat mencuba dan menilai diri
                                            dalam pertandingan memanah. Pelajar-pelajar juga belajar untuk lebih
                                            sistematik, bekerja dalam pasukan dan bersemangat kompetitif. Di
          Pelajar diberikan sijil penyertaan daripada   samping itu, para pelajar yang menyertai ‘mini tournament’ memanah
             Persatuan Memanah Samarahan.
                                            juga diberikan sijil penyertaan.
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40