Page 36 - 73rd Issue info kampus : UiTM Sarawak Bulletin
P. 36
36 Program Memperkasakan
Matematik UPSR di SK Pinang
Oleh: Lai Tze Wee
abatan Sains Matematik UiTM Cawangan Sarawak telah berjaya
menganjurkan program khidmat masyarakat yang bertajuk “Program
JMemperkasakan Matematik UPSR” di Sekolah Kebangsaan Pinang.
Program ini bermula dari 29 Julai hingga 26 Ogos 2016 dan melibatkan
kesemua 31 pelajar Tahun Enam SK Pinang.
Program ini bertujuan memperkukuhkan kefahaman pelajar sekolah
rendah terhadap matematik melalui permainan dan pendekatan inkuiri Permainan Mind card yang berasaskan KBAT
memandangkan pengajaran matematik sekarang terlalu berorientasikan
peperiksaan. Ini mengakibatkan pelajar hilang minat terhadap subjek
matematik. Selain dari itu, pelajar juga didapati tidak sedar bahawa
wujudnya kesinambungan di antara matematik dengan dunia luar. Mereka
tidak berupaya menghubung-kaitkan matematik yang dipelajari di dalam
kelas dengan matematik yang digunakan dalam kehidupan seharian. Oleh
itu, Program Memperkasakan Matematik UPSR yang dilaksanakan ini bukan
sahaja ingin membantu pelajar menghayati matematik, malah berhasrat
untuk mempertingkatkan prestasi matematik di kalangan pelajar-pelajar
SK Pinang, Kota Samarahan.
Lima topik dalam sukatan mata pelajaran Matematik UPSR dijadikan fokus Pendekatan Inkuiri topik panjang (kiri),
utama dalam program ini, iaitu pecahan/peratus, panjang, jisim, isipadu topik jisim (kanan)
dan perwakilan data. Perlaksanaan program ini adalah berlandaskan
aktiviti dengan pendekatan inkuiri yang mempromosikan KBAT.
Menurut Ketua Program Memperkasakan Matematik UPSR, Dr Hwa Tee
Yong, pelajar sekolah rendah sering menghadapi masalah menguasai
teknik menjawab soalan Matematik UPSR terutamanya soalan yang
melibatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Ini adalah kerana
kebanyakan pelajar mengamalkan kaedah penghafalan rumus-rumus
Matematik tanpa memahami konsep di sebaliknya. Impaknya bukan
sahaja menyebabkan kehilangan minat dalam Matematik, tetapi turut
menjadi faktor pelajar tidak berminat memilih aliran sains dan teknikal
apabila melanjutkan pelajaran ke tingkatan 4 kelak. Ini secara tidak
langsung turut menjejaskan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025 yang menetapkan penjurusan 60% pelajar ke bidang
sains dan teknikal.
Program ini secara amnya telah mendapat respon yang positif daripada
pelajar. Di antara respon yang diberikan adalah:
“Pada minggu pertama, saya rasa gentar dan takut kerana tidak pintar
menguasai Matematik. Minggu seterusnya saya rasa sangat gembira dan Perkongsian ilmu oleh pelajar SK Pinang (kiri),
mula pandai menguasai Matematik…”. gambar kenangan (tengah & kanan)
“Program ini sangat memberi peningkatan kepada saya. Saya amat
gembira kerana dapat menikmati pengalaman sebegini. Saya berharap
program ini akan diteruskan…”.
“Saya berasa sangat gembira kerana berpeluang untuk merasai bagaimana
belajar di UiTM. Saya berjanji untuk belajar di sini suatu hari nanti ...”.
“Terima kasih kerana membantu kami menguasai Matematik…”
Program ini bukan sahaja telah membantu pelajar-pelajar Tahun Enam
di SK Pinang untuk menguasai KBAT, tetapi juga telah memberikan
suatu dimensi baru dengan mencipta keseronokan dalam pembelajaran Lawatan ke Studio Seni UiTM
Matematik.