Page 11 - Manual Pengurusan & Takwim 2020
P. 11
Ruj. Kami: SMKAPD.10/001//6( )
Tarikh : 01 Januari 2020
05 Jamadil Awal 1441
Semua Guru
Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Puteh Dalam
06700 Pendang, Kedah Darul Aman
Tuan,
ARAHAN PENTADBIRAN DAN PANDUAN GURU
Bagi melicinkan lagi pengurusan dan pentadbiran SMK Ayer Puteh Dalam (SMKAPD), berikuti
diperturunkan beberapa peraturan dan panduan untuk perhatian dan tindakan semua guru sepanjang
tahun 2020. Adalah menjadi tanggungjawab semua guru untuk melaksanakan TUGAS yang
dipertanggungjawabkan dengan sempurna, jujur dan ikhlas serta beramanah bagi mencapai
kecemerlangan sekolah selaras dengan aspirasi dan matlamat pendidikan Negara.
PANDUAN AM PENGURUSAN SEKOLAH
1. ARAHAN AM
1.1 Setiap guru hendaklah membaca, memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, Matlamat dan Objektif Kementerian Pendidikan.
1.2 Bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai Visi, Misi, Matlamat dan Objektif SMK Ayer
Puteh Dalam.
1.3 Bertekad dan beriltizam melaksanakan Piagam Pelanggan Sekolah.
1.4 Dalam menjalankan tugas, meletakkan keselamatan dan kepentingan murid dan sekolah
melebihi kepentingan peribadi.
1.5 Semua guru ialah guru disiplin dan guru kaunseling.
1.6 Mementingkan mutu dan mengintegrasikan unsur kreativiti dan inovasi untuk
keberkesanan pendidikan.
1.7 Mengamalkan budaya kerja secara bermesyuarat dan kerja berpasukan.
1.8 Mengamalkan sikap bekerja yang bersih, amanah, jujur, ikhlas, cekap serta adil.
1.9 Mengamalkan perkhidmatan penyayang dan kepimpinan melalui teladan.
1.10 Kawasan sekolah adalah kawasan Larangan Merokok/Vape.
1.11 Setiap guru mesti mematuhi ;
a. Perintah Am
b. Tatasusila Profesion Perguruan
c. Arahan Perbendaharaan
d. Arahan/Pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri
dan Pejabat Pendidikan Daerah Pendang
1 TEAM, 1 DREAM, 1 SPIRIT Page7