Page 15 - Manual Pengurusan & Takwim 2020
P. 15
PANDUAN AM PENGURUSAN SEKOLAH
5.9 Cuti Umrah
5.9.1 Cuti Umrah yang diperuntukkan kepada pegawai perkhidmatan Awam adalah
tertakluk kepada maksimum 7 hari ( Pekeliling Perkhidamatan Bil 3/2017)
5.9.2 Cuti Umrah tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan
dan hari kelepasan am.
6.PAKAIAN
6.1 Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion perguruan dan masyarakat
timur (Petikan Surat Pekeliling Bil.13 / 1969).
“Pakaian yang bersesuaian bagi guru-guru adalah sangat penting di samping kesegakan
dan kebersihan. Pakaian yang berpatutan adalah melambangkan budi bahasa yang baik”.
Untuk meneruskan tradisi pakaian yang bermutu tinggi, sekurang-kurangnya perkara-
perkara berikut hendaklah diambil perhatian:
1) Mini skirt, pakaian yang terlampau mendedahkan bahagian tertentu, seluar
pendek, seluar jeans yang ketat dan pakaian yang bahagian hadapan yang
terlampau terdedah ke bawah serta pakaian nipis adalah dilarang sama sekali.
2) Perhiasan muka (make-up) yang melampau adalah tidak digalakkan.
3) Baju-baju Hawaii yang beragam warna.
6.2 Guru lelaki hendaklah mempunyai potongan dan panjang rambut yang kemas dan sesuai.
6.3 Semua guru lelaki dikehendaki memakai kasut/sepatu, guru perempuan juga dikehendaki
memakai sepatu (kasut sarung/bukan sandal) supaya kelihatan lebih kemas dan rasmi.
6.4 Semua guru hendaklah memakai pakaian batik setiap hari Khamis (rujuk SPP Bil.1/2008).
6.5 Semua guru amat digalakkan untuk memakai baju unit uniform pada setiap hari Rabu
(rujuk SPI Bil. 8/2007).
6.6 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai
(seluar trek atau seluar panjang, kemeja-T sukan/baju trek, kasut sukan/kasut getah).
7.TANDA NAMA
7.1 Semua guru dan AKP hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis
rasmi di sekolah atau di luar sekolah.
8.BILIK GURU/ BILIK KHAS
8.1 Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan
suasana yang sesuai dan tidak menggangu ketenteraman orang lain.
8.2 Sebarang aktiviti berunsur perniagaan peribadi tidak dibenarkan dijalankan di bilik guru.
8.3 Guru dilarang sama sekali membenarkan murid berada di bilik guru.
8.4 Kebersihan dan keselamatan bilik guru/bilik khas adalah menjadi tanggungjawab semua
guru, termasuk keselamatan harta benda yang terdapat dalam bilik guru.
8.5 Sesiapa yang terakhir meninggalkan bilik guru/bilik khas hendaklah memastikan semua
komputer, lampu dan pendingin hawa dipadamkan dan semua pintu dikunci.
1 TEAM, 1 DREAM, 1 SPIRIT Page11