Page 17 - Manual Pengurusan & Takwim 2020
P. 17
PANDUAN AM PENGURUSAN SEKOLAH
13.KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH
13.1 Kerjasama semua guru dan AKP amat diperlukan dalam menjaga keselamatan harta benda
sekolah. Murid yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak
hendaklah dimaklum kepada guru bertugas/Penolong Kanan.
13.2 Ketua Panitia/Guru Kanan Bidang hendaklah memastikan terdapat peraturan mengenai
penggunaan alat dan radas di bilik-bilik seperti makmal, bengkel dan sebagainya.
14.KEBERSIHAN
14.1 Semua guru, AKP dan murid bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keceriaan
kawasan sekolah. Jadual giliran bertugas murid hendaklah disediakan oleh guru tingkatan
untuk kelas masing-masing. Alatan membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan
cermat dan disimpandengan baik.
14.2 Guru Kanan Bidang, Ketua Panitia atau guru yang mempunyai bilik khas/tempat khas
(bengkel, bilik kaunseling, makmal sains, bilik komputer dan sebagainya)
bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan dan keceriaan bilik-bilik tersebut.
15.SURAT-MENYURAT
15.1 Semua surat keluar rasmi yang menggunakan ‘letterhead’ sekolah hendaklah
ditandatangani oleh Pengetua. “Letter head” boleh diguna dengan kebenaran Pengetua.
15.2 Surat yang diterima dari sekolah yang diedar kepada guru atau AKP tertentu untuk diambil
tindakan hendaklah diuruskan segera.
15.3 Jika surat itu ditujukan kepada guru/AKP berkenaan dengan dinyatakan melalui dan
salinan kepada Pengetua, surat itu hendaklah diminitkan dahulu oleh Pengetua / Penolong
Kanan.
15.4 Jika surat itu ditujukan kepada Pengetua dan diminitkan kepada guru/AKP berkenaan,
maka guru/AKP hendaklah mengambil tindakan yang bersesuaian.
15.5 Jika tindakan yang perlu diambil oleh guru/AKP merupakan mengisi maklumat dalam
borang yang dilampirkan, maka borang tersebut hendaklah diisi lengkap dengan bertaip
dan diserahkan kepada Pembantu Tadbir untuk disertakan surat iringan “cover letter”.
16.PELAWAT/JURUJUAL
16.1 Semua pelawat diwajibkan berjumpa dengan Pengetua/Penolong Kanan dahulu.
16.2 Sebarang jualan langsung adalah dilarang dalam kawasan sekolah.
16.2 Guru/AKP tidak dibenarkan berbincang dengan pelawat, wakil-wakil firma atau jurujual
kecuali yang membawa Pas Pelawat /borang ‘Maklumat Pelawat’ daripada pondok
keselamatan untuk ditandatangani oleh yang berkenaan.
1 TEAM, 1 DREAM, 1 SPIRIT Page13