Page 12 - Manual Pengurusan & Takwim 2020
P. 12

PANDUAN AM PENGURUSAN SEKOLAH


      2. KEDATANGAN

             2.1     Jadual waktu persekolahan/waktu kerja mesti dipatuhi seperti yang ditetapkan.
             2.2     Guru dikehendaki berada dalam kawasan sekolah 10 minit sebelum waktu
                     persekolahan (7.30 am – 2.30 pm) dan merakam waktu sampai dan balik sekolah
                     di pejabat. Merakam waktu untuk orang lain adalah sikap tidak
                     bertanggungjawab
              2.3    Guru / Anggota Kumpulan Pelaksana hendaklah memaklumkan kepada Pengetua /
                     Penolong Kanan Pentadbiran dan menelefon ke pejabat secepat mungkin sekiranya tidak
                     dapat hadir atau terpaksa datang lewat ke sekolah atau sebab-sebab lain yang
                     munasabah.
             2.4     Semua urusan peribadi guru hendaklah dilakukan di luar waktu persekolahan
                     kecuali dalam keadaan kecemasan yang mana perlu mendapat kebenaran
                     Pengetua
              2.5    Semua guru adalah bertanggungjawab untuk mengamalkan ketetapan masa sepanjang
                     waktu bertugas di sekolah atau sewaktu bertugas rasmi, ketika memasuki bilik darjah atau
                     menjalankan sesuatu tugas/kegiatan luar bilik darjah. Ketetapan masa juga bermakna
                     seorang guru hendaklah mengikut jadual waktu peribadi atau jadual waktu ganti dan tidak
                     boleh meninggalkan bilik darjah (kecuali kecemasan) atau kawasan sekolah sebelum tiba
                     masanya berbuat demikian (Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/1981).
             2.6     Waktu bekerja Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) adalah mengikut waktu bekerja
                     perkhidmatan awam yang sedang berkuatkuasa.

       3.KELUAR WAKTU BEKERJA


             3.1     Pada waktu persekolahan/waktu bekerja, guru atau AKP tidak dibenarkan
                     meninggalkan kawasan sekolah kecuali jika ada sesuatu perkara mustahak yang
                     tidak dapat dielakkan atau arahan daripada KPM/JPN/PPD dengan syarat
                     mendapat kebenaran mengikut hierarki pengurusan iaitu Pengetua / Penolong
                     Kanan / Guru Kanan / Ketua Pembantu Tadbir (KPT).
              3.2    Guru/AKP perlu mencatat butir-butir yang diperlukan dalam Buku Kebenaran Keluar dan
                     mengisi borang Kebenaran Meninggalkan Pejabat dalam Waktu Bekerja di bawah Perintah
                     Am 5 Bab G. Borang hendaklah diserahkan kepada pengawal keselamatan, mengetik
                     kad perakam waktu sebelum meninggalkan kawasan sekolah.
              3.3    Guru yang akan meninggalkan bilik darjah hendaklah berusaha Melindungi Masa
                     Instruksional (MMI) dengan :
                     3.3.1  Membuat tukar ganti/jual beli kelas waktu pengajaran dan pembelajaran (PdPc)
                            dengan rakan sekerja (urusan peribadi dengan kebenaran Pengetua sahaja).
                     3.3.2  Meninggalkan kerja bertulis kepada murid dan serah tugasan kepada murid.
                     3.3.3  Melaksanakan PdPc sebelum berkursus/bercuti.
             3.4     Guru yang tidak dapat hadir 4 jam waktu bekerja hendaklah mengambil Cuti Rehat
                     khas.

                                                   1 TEAM, 1 DREAM, 1 SPIRIT                     Page8
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17