Page 14 - Manual Pengurusan & Takwim 2020
P. 14
PANDUAN AM PENGURUSAN SEKOLAH
5.3.3 Bagi Anggota Kumpulan Pelaksana yang diarah menjalankan tugas lebih masa,
mereka layak diberi sama ada cuti gantian atau boleh menuntut bayaran kerja
lebih masa (tertakluk kepada kelulusan bayaran).
5.4 Cuti Sakit
5.4.1 Jumlah cuti sakit sebagai pesakit luar yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak
boleh melebihi 14 hari dalam setahun dan pada satu sijil sakit.
5.4.2 Pegawai yang telah mengambil cuti sakit berjumlah 45 hari atau lebih dalam masa
tiga tahun berturut-turut boleh dirujuk ke Lembaga Perubatan untuk diperiksa
tahap kesihatannya.
5.5 Cuti Keluar Negara
5.5.1 Semua guru/staf pelaksana yang ingin keluar negara mesti mendapat kelulusan
Jabatan Pendidikan Negeri.
5.5.2 Borang permohonan hendaklah diisi selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh
bercuti keluar negara.
5.6 Cuti Isteri Bersalin
5.6.1 Diberikan selama 7 hari sebagai cuti tanpa rekod kepada anggota perkhidmatan
awam lelaki.
5.6.2 Cuti ini bermula pada tarikh isteri anggota bersalin atau pada hari berikutnya jika
isterinya bersalin selepas waktu pejabat.
5.6.3 Tempoh cuti adalah termasuk semua hari rehat dan hari kelepasan am.
5.6.4 Kemudahan cuti ini dihadkan kepada 5 kali sepanjang tempoh perkhidmatan dan
tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
5.6.5 Anggota yang menggunakan kemudahanini hendaklah mengemukakan Salinan
perakuan bersalin isterinya kepada Pengetua untuk direkodkan
5.7 Cuti Tidak Berekod
5.7.1 Cuti Tidak Berekod yang dibenarkan adalah cuti gantian kerana bekerja lebih
masa, cuti latihan pasukan sukarela, menghadiri latihan atau khemah
tahunan pertubuhan/persatuan, latihan syarikat kerjasama, menduduki
peperiksaan, mesyuarat persatuan ikhtisas, mengambil bahagian dalam
olahraga/sukan, dan tugas khas perubatan.
5.8 Cuti Urusan Kematian Keluarga Terdekat
5.8.1 Diberikan selama 3 hari sebagai Cuti Tanpa Rekod kepada pegawai yang
kematian ahli keluarga terdekat untuk pengurusan jenazah.
5.8.2 Ahli keluarga terdekat bermaksud suami, isteri, ibu dan bapa kandung, ibu
dan bapa mertua, ibu dan bapa angkat, anak kandung, anak angkat/pelihara
yang sah.
5.8.3 Pengiraan cuti termasuk semua hari rehat dan kelepasan am dan tertakluk
kepada kepentingan perkhidmatan.
5.8.4 Anggota yang menggunakan kemudahan ini hendaklah mengemukakan
salinan pengesahan kematian ahli keluarga terdekat kepada Pengetua untuk
rekod.
1 TEAM, 1 DREAM, 1 SPIRIT Page10