Page 19 - Manual Pengurusan & Takwim 2020
P. 19

PANDUAN AM PENGURUSAN SEKOLAH

      22.MAJLIS RASMI SEKOLAH/KURSUS DALAMAN


             22.1    Semua guru dikehendaki hadir dalam semua acara/kursus/majlis rasmi sekolah.
             22.2    Guru yang tidak hadir perlu mengemukakan surat tunjuk sebab ketidakhadiran kepada
                     Pengetua. Satu salinan akan disimpan dalam fail peribadi guru berkenaan.


      23.PERHUBUNGAN SESAMA RAKAN SEJAWAT

             25.1    Guru dan AKP hendaklah memupuk hubungan peribadi dan professional yang baik dan
                     sihat sesama rakan dan sentiasa mengawal tutur kata supaya wujud perasaan bersatu hati
                     dan harmoni dalam organisasi.
             25.2    Guru  dan   AKP   tidak dibenarkan    mempengaruhi    atau  memaksa    pandangan/
                     fahaman/pendapat/kepercayaan sesama rakan ataupun murid sekolah.

      24.KEAHLIAN MAJLIS STAF/PIBG/KOPERASI SEKOLAH

              24.1   Semua guru dan AKP secara automatik menjadi ahli majlis staf.
              24.2   Semua guru secara automatik menjadi ahli PIBG dan anggota Koperasi Sekolah.


      25.PENGGUNAAN ALATAN/BAHAN BANTU MENGAJAR

             25.1    Penggunaan alatan/bahan bantu mengajar adalah mengikut peraturan yang ditetapkan.
             25.2    Guru perlulah mendapat kebenaran daripada KPT dan merekodkan pinjaman
                     alatan/bahan tersebut dalam Buku Daftar Harta Modal & Inventori (KEW PA-6).
             25.3    Alatan/bahan hendaklah digunakan dengan berhemah dan dipulangkan dalam keadaan
                     baik setelah selesai menggunakannya.
              25.4   Kerosakan alatan/bahan yang dipinjam hendaklah dilaporkan dengan serta-merta.

      26.TELEFON SEKOLAH/TELEFON BIMBIT

             26.1    Penggunaan telefon sekolah hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru dan AKP tidak
                     dibenarkan menggunakan telefon sekolah untuk urusan peribadi.
             26.2    Guru tidak dibenarkan membuat panggilan menggunakan telefon bimbit semasa PdPc di
                     dalam bilik darjah kecuali untuk urusan kerja atau dalam keadaan kecemasan.
              26.3   Ketika menghadiri mesyuarat, guru dan AKP hendaklah menukar mod deringan telefon
                     bimbit kepada mod senyap atau getar.
      27.KUNCI


             27.1    Semua kunci mesti disimpan di pejabat. Guru yang menggunakan kunci hendaklah mengisi
                     Buku Rekod Peminjaman di pejabat. Murid tidak dibenarkan mengambil kunci.
             27.2    Guru-guru yang hendak menyimpan kunci bilik tertentu mesti mendapat kebenaran
                     Pengetua atau KPT dan mendaftarkan nama di dalam buku khas di pejabat sekolah.










                                                   1 TEAM, 1 DREAM, 1 SPIRIT                     Page15
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24