Page 18 - Manual Pengurusan & Takwim 2020
P. 18
PANDUAN AM PENGURUSAN SEKOLAH
17.PEMBELIAN BARANG
17.1 Setiap pembelian barang mestilah dengan kebenaran terlebih dahulu dengan
menggunakan borang pra-pesanan (Nota Minta) yang boleh didapati di pejabat sekolah.
17.2 Borang tersebut hendaklah disahkan oleh Guru Kanan Mata pelajaran/Penolong Kanan
untuk disemak sebelum diluluskan oleh Pengetua.
17.3 Pembantu Tadbir akan menguruskan tindakan selanjutnya untuk menyediakan Borang
Pesanan Sekolah/Tempatan (LO).
17.4 Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima barang, rekod nombor
daftar stok dan serahkan dengan segera ke pejabat sekolah. Barang yang diterima
hendaklah direkodkan serta-merta dalam buku stok dengan tepat dan kemas.
17.5 Sebarang pembelian yang tidak akur peraturan kewangan adalah menjadi tanggungjawab
guru/pegawai untuk mengurus pembayarannya.
18.AKTIVITI KOKURIKULUM
18.1 Semua guru adalah Guru Penasihat aktiviti kokurikulum. Tugas ini hendaklah dijalankan
dengan teratur mengikut jadual yang ditetapkan.
18.2 Semua guru wajib menghadiri aktiviti kokurikulum (Seksyen 18 Akta Pendidikan 1996) dan
menyampaikan laporan aktiviti kepada penyelaras masing-masing.
19.PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH
19.1 Semua guru wajib menghadiri perhimpunan rasmi sekolah pada hari Ahad bermula 7.30
pagi hingga 8.30 pagi.
19.2 Guru lelaki hendaklah memakai kemeja berlengan panjang dan bertali leher.
19.3 Semua guru diwajibkan memakai blazer berwarna hitam.
19.4 Guru hendaklah bersama-sama murid dan menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Negeri
Kedah dan Lagu Sekolah.
20.PERHIMPUNAN HARIAN
20.1 Guru bertugas hendaklah mengawal perjalanan setiap perhimpunan yang diadakan.
20.2 Semua guru hendaklah bersama murid membaca surah Yasin atau surah pilihan,
mengaminkandoa, menghormati Lagu Negaraku dan mendengar pengumuman.
21.MESYUARAT GURU/STAF PELAKSANA
21.1 Pengetua akan memanggil guru/AKP bermesyuarat dari semasa ke semasa. Kedatangan
guru/AKP ke mesyuarat adalah mandatori.
21.2 Guru juga diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Penolong Kanan/Guru
Kanan Mata pelajaran/Ketua Panitia Mata pelajaran.
21.3 Guru/AKP yang tidak dapat hadir oleh kerana perlu melakukan urusan peribadi adalah
bertanggungjawab mengemukakan surat tunjuk sebab ketidakhadirannya kepada
Pengetua. Satu salinan akan disimpan dalam fail peribadi guru/AKP berkenaan.
21.4 Guru yang tidak dapat hadir hendaklah menyediakan laporan secara bertulis untuk
dibentangkan.
1 TEAM, 1 DREAM, 1 SPIRIT Page14