Page 16 - Manual Pengurusan & Takwim 2020
P. 16
PANDUAN AM PENGURUSAN SEKOLAH
9.MASALAH PERJAWATAN DAN PENGAJARAN
9.1 Sekiranya guru/AKP menghadapi masalah dalam bidang perjawatan, beliau bolehlah
berurusan dengan Pengetua atau KPT.
9.2 Guru yang menghadapi masalah dalam bidang pengajaran bolehlah berurusan dengan
Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran (PKP), Guru Kanan Mata pelajaran, Ketua Panitia
Mata pelajaran atau Guru Cemerlang mata pelajaran berkenaan.
10.TUGAS GURU
10.1 Tugas guru yang diberikan dalam bidang pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid dan
kokurikulum hendaklah dilaksanakan dengan dedikasi dan bertanggungjawab.
10.2 Sekiranya guru dikehendaki menghadiri mesyuarat atau kursus di JPN atau PPD atau
sekolah lain atau mana-mana tempat tugas rasmi dengan diberi pelepasan oleh Pengetua,
arahan tersebut hendaklah dipatuhi. Guru yang diarahkan tidak boleh meminta guru lain
melaksanakannya tanpa pengetahuanPengetua terlebih dahulu.
10.3 Guru yang mewakili sekolah dalam mana-mana mesyuarat atau taklimat hendaklah
mengemukakan laporan Minit Curai kepada Pengetua atau Penolong Kanan dengan
menggunakan borang yang dikhaskan, sebaik sahaja guru tersebut kembali bertugas di
sekolah.
10.4 Guru yang mewakili sekolah ke sesuatu kursus, seminar atau seumpamanya, hendaklah
menjalankan kursus dalaman (in-house training) kepada guru lain dan dimaklumkan
kepada Pengetua/Penolong Kanan tarikh dan masa pelaksanaannya.
10.5 Sebelum guru keluar melakukan tugas rasmi, beliau hendaklah melaksanakan MMI dan
memastikan Perenggan 3.3 dipatuhi terlebih dahulu.
11.BUKU REKOD MENGAJAR / eRPH (SPI Bil. 3/1999)
11.1 Setiap guru bertanggungjawap menyediakan eRPH dengan teliti, kemas dan lengkap. RPH
yang telah dilengkapkan, hendaklah dihantar ke gg.gg/submitkeaa164 setiap minggu
selewat-lewatnya pada hari jumaat jam 12.00 tengah malam.
11.2 RPH perlu disediakan merujuk kepada DSKP yang diterbitkan oleh Bahagian Pembangunan
Kurikulum, KPM bagi sukatan KSSM. Sukatan Pelajaran masih digunakan untuk sukatan
KBSM.
12.JADUAL WAKTU MENGAJAR
12.1 Guru hendaklah mematuhi jadual waktu PdPc yang disediakan.
12.2 Guru tidak dibenarkan menukar jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran
Pengetua/Penolong Kanan Pentadbiran.
12.3 Guru yang hendak melakukan MMI secara ‘tukar-ganti jadual/jual beli’ sesama rakan perlu
mengisi borang yang dikhaskan dan menyerahkannya kepada Penolong Kanan
Pentadbiran untuk direkodkan.
12.4 Waktu kelas ganti (relief) yang diarahkan kepada guru untuk menggantikan waktu guru
yang tidak hadir ke sekolah adalah wajib dipatuhi (SPI Bil.3/1981).
12.5 Guru hendaklah berada bersama murid pada masa yang ditetapkan. Ini adalah untuk
menjaga keselamatan guru.
1 TEAM, 1 DREAM, 1 SPIRIT Page12