Page 13 - Manual Pengurusan & Takwim 2020
P. 13
PANDUAN AM PENGURUSAN SEKOLAH
4.MELAKUKAN KERJA LUAR
4.1 Penjawat Awam (termasuk guru) dibolehkan melakukan kerja luar dengan mematuhi
Perintah Am Bab ‘D’ seperti berikut:
4.1.1 Memohon kebenaran bertulis kepada Ketua Jabatan.
4.1.2 Dibenarkan dengan syarat:
4.1.2.1 Tidak dilakukan semasa waktu bekerja/pejabat
4.1.2.2 Tidak menjejaskan tugas sebagai penjawat awam
4.1.2.3 Tidak dengan apa-apa cara berkecenderungan bercanggah dengan kepentingan
awam.
4.2 Berhubung dengan menjalankan tuisyen di rumah, guru-guru diingatkan bahawa tindakan
tersebut adalah melanggar Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Subseksyen 79 (1) dan
Subseksyen 132 (g) di mana boleh didenda tidak melebih RM 50,000 (Ringgit Malaysia:
Lima Puluh Ribu) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-
duanya sekali.
5.CUTI
5.1 Cuti Rehat / Cuti Penggal
Mengikut Surat Pekeliling Kementerian pelajaran KP(PP)0046 SJ/A(30) bertarikh 24
Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan
cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua tidak melebihi separuh
jumlah cuti penggal sekolah dalam satu tahun untuk menjalankan tugas-tugas selain
daripada tugas mengajar biasa.
5.2 Cuti Rehat Khas (CRK)
5.2.1. Cuti Rehat Khas diberikan kepada guru sebanyak 10 hari dalam satu tahun
kalendar (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 / 2017).
5.2.2 Cuti Rehat Khas yang tidak dihabiskan boleh dibawa ke tahun berikutnya untuk
dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR).
5.2.3 CRK layak kepada semua guru termasuk Guru Sandaran Terlatih dan Guru Kontrak
5.2.4 Kuasa meluluskan CRK adalah Pengetua dengan syarat tidak menjejaskan
keberkesanan pengurusan PdPc di sekolah.
5.2.5 Bilangan hari CRK yang layak diambil adalah berdasarkan tempoh perkhidmatan
yang melayakkan dalam tahun berkenaan (rujuk Perintah Am 1(ix) Bab C).
5.3 Cuti Ganti
Merujuk Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 / 1991
5.3.1 Kemudahan Cuti Gantian layak dipertimbangkan kepada “pegawai” yang diarah
menjalankan tugas rasmi di luar masa kerja pada hari bekerja biasa, hari rehat
Sabtu, hari rehat mingguan atau hari kelepasan am dan tidak berkelayakan untuk
mendapat bayaran lebih masa atau sebarang bayaran khas.
5.3.2 “Pegawai” merujuk kepada kakitangan awam yang berkelayakan cuti tahunan
sahaja manakala guru-guru adalah tidak tertakluk kepada pekeliling tersebut
dan tidak layak mendapat cuti gantian.
1 TEAM, 1 DREAM, 1 SPIRIT Page9