Page 20 - Manual Pengurusan & Takwim 2020
P. 20

PANDUAN AM PENGURUSAN SEKOLAH

      28.BUKU STOK/INVENTORI


             28.1    Semua Ketua Panitia, Ketua Unit Hal Ehwal Murid dan Ketua Unit Kokurikulum
                     bertanggungjawab menguruskan buku stok/aset alih bernilai rendah dan memastikan
                     maklumat dalam buku stok adalah tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskini.
             28.2    Guru Kanan Mata pelajaran/KPT akan menyemak buku stok inventori dan dihantar ke
                     pejabat setiap hujung tahun untuk disahkan oleh Penolong Kanan /Pengetua.

      29.KOMPUTER RIBA/PROJEKTOR LCD

             29.1    Guru dan AKP yang diberi kemudahan menyimpan komputer riba dan projector LCD
                     hendaklah mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh KPM. Sebarang
                     penggunaan yang dikesan menyalahi etika akan diambil tindakan.
             29.2    Guru haruslah memastikan komputer riba yang dimiliki benar-benar dimanfaatkan untuk
                     PdPc dan kegunaan pejabat sebagaimana objektif asal penggunaannya.

      PERINGATAN
      Adalah diingatkan, sebagai Pengawai Perkhidmatan Pendidikan, guru adalah tertakluk kepada Perintah-
      Perintah  Am.  Ordinan-ordinan, Surat Aku Janji dan arahan-arahan tertentu serta pekeliling-pekeliling
      yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.  Sebagai contoh Perintah Am berikut:
      “ Sebagai ganti cuti rehat, guru-guru adalah berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah dengan syarat
      bahawa Ketua Jabatan boleh memanggil guru-guru untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas-
      tugas mengajar biasa semasa penggal sekolah bagi masa yang tidak melebihi separuh daripada jumlah
      cuti penggal sekolah dalam satu-satu tahun.”
      ...... Perintah  Am  Bab  C 50(A)


      “ Walau apapun perbekalan-perbekalan lain dalam bab ini, termasuk Perintah-perintah Am 3 dan 10,
      seseorang Ketua Jabatan atau Pejabat boleh menghendaki mana-mana pengawainya bertugas di luar
      masa yang ditetapkan apabila pada pandangannya ini adalah untuk kepentingan awam atau kepentingan
      perkhidmatan.  Ini termasuklah kehadiran di pejabat lebih awal atau tinggal di pejabat lebih lewat
      daripada masa-masa yang ditetapkan atau hadir di pejabat pada hari-hari minggu atau kelepasan am.”
      ...... Perintah  Am  Bab  G (17)

      PENUTUP
      Arahan-arahan ini adalah panduan untuk semua guru dan tertakluk pindaan atau perubahan daripada
      semasa ke semasa.  Sebarang keraguan dan kemusykilan,  sila rujuk Pengetua SMK Ayer Puteh Dalam.
      “ BERKHIDMAT  UNTUK  NEGARA ”
      “KEDAH AMAN MAKMUR-HARAPAN BERSAMA MAKMURKAN KEDAH”
      “ PENDIDIKAN  CEMERLANG  KEDAH  TERBILANG ”
      Saya yang menjalankan amanah,






      HAJAH RUSMA BINTI HAJI ABU HASSAN, BKM.
      Pengetua
      SMK Ayer Puteh Dalam


                                                   1 TEAM, 1 DREAM, 1 SPIRIT                     Page16
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25