Page 274 - eDinamik
P. 274

BERFIKIR SECARA REFLEKTIF: KISAH PENGHUNI GUA
                oleh Munirah Zakaria, Sidek Abdullah, Nurfarhana Mohd Daud, Mohd Zainodin Mustafa




          Pemikiran reflektif lazimnya memberi penekanan kepada urutan idea yang memberi kesan
          kepada perlakuan seseorang. Di dalam al-Quran, terdapat banyak kisah yang boleh
          membawa kepada pemikiran reflektif. Kebanyakannya mengajar kita untuk berfikir dan
          mengembalikan segala urusan kepada Allah SWT, tidak kira samada perkara tersebut kecil
          atau pun besar. Ini kerana, mustahil manusia (dengan sifat lemahnya) mampu menguruskan
          segala aktiviti sehariannya dengan tangan sendiri. Lihat sahaja bagaimana kisah tujuh
          pemuda beriman (hanya Allah SWT sahaja yang tahu jumlah sebenar mereka, ada yang
          mengatakan jumlah mereka adalah tiga, lima atau tujuh) [18:22] yang diselamatkan oleh
          Allah SWT daripada pemerintah yang zalim di dalam sebuah gua. Dengan limitasi akal
          manusia, perkara tersebut kelihatan tidak logik. Tetapi al-Quran menggambarkan betapa
          Allah SWT mampu melakukan apa sahaja dengan mudah.

                     Pemuda-pemuda tersebut ditidurkan selama 309 tahun [18:25].          Sepanjang
          tempoh itu, tubuh badan mereka dibolak-balikkan oleh Allah SWT ke kiri dan ke kanan
          [18:18] tanpa mereka sedari. Ini semua bagi mengelakkan posisi tubuh mereka berada
          dalam keadaan statik terlalu lama. Betapa teliti urusan Allah SWT dalam menjaga kesihatan
          tubuh badan mereka yang ditidurkan di luar tempoh kebiasaan tidur manusia. Kisah ini
          mempunyai beberapa pengajaran penting untuk kita pelajari.
                     Pertama, kekuasaan Allah SWT adalah mengatasi kekuasaan semua raja yang
          ada di dunia. Allah SWT mampu berbuat apa sahaja mengikut Kudrat dan IradatNya. Tiada
          siapa pun mampu menghalang kehendakNya. Seharusnya manusia tidak berasa sombong
          dengan kekuasaan yang bersifat terbatas yang dimilikinya di dunia. Penghuni-penghuni gua
          tersebut tidak menyedari yang tempoh tidur mereka begitu lama. Malah menurut sangkaan
          mereka, ia cuma separuh hari atau satu hari sahaja [18:19]. Begitu mudah bagi Allah SWT
          menyelamatkan mereka dari penindasan raja yang zalim.

                     Kedua, sesiapa sahaja yang cuba mempertahankan akidah tauhid pasti akan
          mendapat perlindungan daripada Allah SWT. Dalam kisah ini, al-Quran menganjurkan
          kepada kita supaya menghayati maksud yakin dengan pertolongan Allah SWT. Dalam
          menegakkan agama Islam, Allah SWT mendatangkan pelbagai bentuk kesusahan bagi
          menguji iman seseorang. Namun begitu, Allah SWT tidak akan membiarkannya begitu
          sahaja tanpa pertolongan. Setiap kesusahan yang diberikan akan disertakan bersama
          kesenangan. Penegasan mengenai perkara ini dapat dilihat di dalam Surah















                                                                                                     265
   269   270   271   272   273   274   275   276   277   278   279