Page 277 - eDinamik
P. 277
Menurut Dr. Shabri Al-Qubbani, antara faedah berkhitan ialah:
1) Menjauhkan penyakit kulit bagi lelaki yang disebabkan peluh, selamat dari kumpulan
lemak yang menimbulkan bau busuk.
2) Menghalang penyakit kanser
3) Menghindarkan penyakit kencing malam bagi kanak-kanak
Justeru, khatan merupakan suatu kewajipan yang amat dititikberatkan dalam
Islam, manfaatnya dapat dilihat dengan kajian-kajian yang dilakukan pada masa kini. Antara
kajian yang membuktikan keberkesanan khatan tulisan Dr. Norman Mohd Norawi, kadar
kanser zakar adalah jauh lebih rendah dalam komuniti yang mengamalkan berkhatan seperti
Muslim dan Yahudi. Kajian terbaru menunjukkan kadar penyakit kelamin adalah rendah
dalam kalangan lelaki yang berkhatan. Kajian ini mendapati jangkitan penyakit sifilis adalah
lebih rendah dalam kalangan lelaki yang berkhatan. Kajian Cochrane Meta Analysis di Afrika
pada 2007 berkhatan boleh mengurangkan risiko jangkitan HIV dalam kalangan lelaki yang
aktif seksual dari 38 peratus hingga 66 peratus dalam tempoh 24 bulan. Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) mencadangkan antara program mencegah HIV ialah dengan
menggalakkan amalan berkhatan. Berkhatan juga mengurangkan risiko jangkitan kuman
saluran kencing. Justeru, secara tidak langsung, mengurangkan risiko isteri mendapat
kanser pangkal rahim.
268