Page 276 - eDinamik
P. 276

HIKMAH LELAKI BERKHATAN DIUSIA BAYI

                                            oleh Mahasin binti Mearaj



          Islam sangat teratur dan tersusun syariatnya sehingga rahsia dan hikmah berkhatan
          merupakan     pensyariatan   agama    sebagai   suatu   kesempurnaan     kesihatan   untuk
          mendekatkan diri kepada Allah SWT dan mendidik manusia bersifat suci. Menitikberatkan
          kesihatan anggota badan atau kebersihan zahir bukan hanya berkhatan tetapi memotong
          kuku, merapi misai dan janggut serta bulu ketiak dan lain-lain. Ini menggambarkan agama
          Islam menitikberatkan kebersihan dan kesucian diri hingga sempurna apatah lagi untuk
          mengerjakan ibadah seperti solat.

                     Musim berkhatan pada adat kebiasaan di Malaysia ketika cuti sekolah hujung
          tahun. Di klinik-klinik telah kelihatan tergantung iklan-iklan menawarkan perkhidmatan
          berkhatan dengan pelbagai kaedah moden kini khususnya kanak-kanak lelaki. Dari
          pengalaman dan penceritaan almarhum ayahanda penulis, pada zaman dahulu kanak-
          kanak berkhatan pada usia lewat sekitar 10 hingga 12 tahun. Tambah mengejutkan ada juga
          kes berkhatan ketika berumur 13 atau 14 tahun yang dikira lewat kerana hampir usia baligh.
          Mereka berkhatan tanpa menggunakan alatan moden seperti bius. Mereka terpaksa mandi
          lama atau berendam di dalam sungai beberapa jam. Kanak-kanak pada masa itu takut untuk
          berkhatan kerana kaedahnya menyakitkan. Oleh itu, orang Melayu pada zaman tersebut
          berpegang kepada pelbagai adat untuk meraikan dan menggembirakan kanak-kanak agar
          tidak berasa takut dan gentar untuk berkhatan juga sebagai suatu kaedah untuk memujuk
          kanak-kanak agar berkhatan.

                     Walau bagaimanapun dengan alatan yang canggih dan keselesaan peralatan
          sains perubatan pada masa kini, masih ramai ibu bapa kurang kesedaran untuk
          mengkhatankan anak mereka diusia bayi. Banyak kelebihan yang diperolehi oleh bayi yang
          dikhatankan ketika ibu juga masih dalam tempoh berpantang. Hasil temuramah penulis
          kepada beberapa orang doktor, umur bayi yang ingin dikhatankan, sebelum mencecah usia
          7 bulan atau sebelum bayi boleh meniarap agar senang menjaga luka khatan tersebut dan
          bayi masih belum lasak berlatih untuk meniarap. Manakala masyarakat yang biasa datang
          ke klinik untuk mengkhatankan anak lelaki semasa bayi adalah bangsa Arab.

          Antara manfaat berkhatan semasa usia bayi adalah:
          1) Sembuh dengan kadar segera dalam tempoh 1 hingga 2 hari. Luka akan cepat kering
          berbanding kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun. Tempoh penjagaan pantang kanak-
          kanak usia 6 hingga 12 tahun pula mengambil masa berminggu-minggu.
          2) Darah berhenti dengan segera disokong penyusuan penuh susu ibu. Ini kerana susu ibu
          merupakan susu terbaik kepada anaknya.
          3) Antibodi bayi sangat kuat dan sukar dihinggapi penyakit. Pengalaman penulis sendiri
          yang mengkhatankan bayi lelaki seawal usia bayi kurang 30 hari, mendapati bayi tersebut
          tidak pernah demam sepanjang usia setahun lebih.
          4) Ibu bapa tidak pening memikirkan cara untuk memujuk kanak-kanak sebelum baligh
          untuk berkhatan atau menawarkan pelbagai hadiah ketika tempoh berpantang berbanding
          bayi yang baru lahir.






                                                                                                     267
   271   272   273   274   275   276   277   278   279   280   281