Page 275 - eDinamik
P. 275
al-Syarh [94:5-6]. Firman Allah SWT:
[ ِ ۡ َ َ ِ ٥ [ إ ن ﱠ ﻣ ﻊ ٱ ﻟ ﻌ ُ ﺳ ۡ ر ﯾ ُ ﺳ ۡ ر ٗ ا ] ٦ ِ ۡ َ َ ِ ﻓ َ ﺈ ن ﱠ ﻣ ﻊ ٱ ﻟ ﻌ ُ ﺳ ۡ ر ﯾ ُ ﺳ ۡ ر ً ا ]
Maksudnya; “Maka sesungguhnya setiap kesukaran disertai (dengan)
kemudahan” [5]. “Dan (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya
setiap kesukaran disertai (dengan) kemudahan” [6].
Kisah ini juga menjelaskan kepada kita bahawa setiap ancaman dan bahaya
yang datang daripada makhluk hanya akan berlaku dengan izin Allah SWT.
Justeru, kita disaran supaya berusaha, bersabar, berserah diri dan yakin
dengan pertolongan Allah SWT (Ibnu Kathir, 2004).
Ketiga, kemunculan salah seorang dari pemuda tersebut di tempat
awam bagi mendapatkan makanan telah membuka mata masyarakat tentang
perkara yang mereka selisihkan, iaitu keraguan mengenai hari kebangkitan.
Kisah ini menjadi satu bukti bahawa Allah SWT mampu membangkitkan
manusia kembali di Hari Akhirat (dengan jasad dan roh). Maksudnya, janji
Allah SWT adalah benar dan kebangkitan manusia juga tidak boleh diragui
[18:21]. Apabila mereka melihat sendiri keberadaan pemuda-pemuda tersebut
di dalam gua, mereka mengagungkan Allah SWT dan kemudian membina
tempat ibadah di situ.
Kesimpulannya, kisah penghuni gua ini hanya akan menjadi satu
pengajaran kepada kita jika dihayati dengan akal yang berfikir. Seharusnya
kita merangsang minda kita untuk berfikir secara reflektif kerana di dalam
kisah ini terdapat tanda-tanda yang boleh membawa manusia mengenal Allah
SWT yang bersifat Maha Berkuasa dan Maha Membangkitkan.
RUJUKAN:
Ibnu Kathir. (2004). Tafsir al-Quran al-Adzim. Kaherah: Maktabah al-Sofa.
266