Page 279 - eDinamik
P. 279

Seterusnya mesej keempat yang disampaikan ialah berbuat baiklah kepada
          sesiapa sahaja, walau sekecil apa pun. Difahami dari mesej ini, amalan baik itu tidak hanya
          duit ratusan ribu yang didermakan, namun apa sahaja perkara walaupun dengan memberi
          minum seteguk air kepada manusia atau binatang. Allah SWT menyatakan bahawa amalan
          kecil yang ikhlas ini akan diperlihatkan Allah pada hari hitungan amal nanti.

                     Seterusnya Luqman menasihatkan anaknya supaya mengerjakan sembahyang.
          Ini adalah tiang agama yang menentukan rantaian hubungan antara makhluk dan
          hambaNya tidak terpisah. Apabila tanggungjawab diri sudah sempurna, Luqman
          menganjurkan supaya kita ada tanggungjawab sosial, iaitu amar makruf nahi mungkar. Kita
          tidak mungkin hidup sendirian dalam lingkungan kelurga yang ada tapi dalam masa yang
          sama, masyarakat kacau-bilau dengan kejadian-kejadian jenayah dan ketidak adilan yang
          berlaku.
                     Perkara terakhir yang ditekankan oleh Luqman ialah perkara adab atau akhlak.
          Antara adab yang seharusnya diberi perhatian ialah jangan memalingkan muka bila
          bercakap dengan orang lain, jangan bersikap sombong,banyak bersabar, berjalan dengan
          tertib dan bercakap dengan perlahan. Allah SWT membandingkan mereka yang bercakap
          kuat itu seumpama suara keldai.
                     Demikian acuan pendidikan yang diterapkan oleh Luqman. Bermula daripada
          hubungan dengan Allah SWT, diri, keluarga, dan masyarakat sekeliling. Ketika ditanya
          kepada Saidina Umar al-Khattab, bagaimana pendidikan seharusnya berlaku kepada
          seseorang, jawab Umar; didiklah mereka sesuai dengan zamannya. Maksudnya, ketika kita
          berada dalam era maklumat kini, didiklah mereka sesuai dengan perkembangan ilmu yang
          ada di samping tidak meninggalkan pakej asas pendidikan Luqman.
                     Luqman al-Hakim adalah termasuk salah seorang daripada tiga orang Habsyah
          yang dijanjikan syurga selain Raja Najasyi dan Bilal bin Rabah.




























   270
   274   275   276   277   278   279   280   281   282   283   284