Page 283 - eDinamik
P. 283

CERPEN:  LEPAT BUNGA CHICA


                                   oleh Prof. Madya Ahmad Nawawi Yaakob



          Jerat lembu ditarik perlahan-lahan. Hidung lembu jantan besar Ayah luka hidungnya. Tarik
          sedikit sudah diikut. Imran membawanya ke belukar di pinggiran Bendang Chuchuh.
          Kawasan lapang berumput di celah belukar sudah cukup untuk makanan si lembu jantan.
          Lembunya dilepaskan sehinggalah akan diambil petang nanti.

                     Bendang Chucuh baharu sahaja dicedung. Rumpun padi mula bercambah dan
          menghijau. Mak CIk Melah dan Imran sekadar menengok-nengok menabur baja.
                     Ketika matahari memecahkan bahang panasnya, mereka pun melangkah pulang.
          Melewati ke kebun getah dan sepohon pokok chica.

                     Pokok chica tinggi mencecah pucuk-pucuk daun getah. Itulah sebatang yang ada
          berbaki, tiada yang lain. Banirnya mencengkam di gigi bendang Pak Samat Misai.
          Batangnya sepemeluk penuh, tidak mungkin terpeluk Imran yang masih kehingusan.

                     Mak Cik Melah mengutip bunga-bunga chiha di celah daun-daun getah kering.
          Imran ikut sama. Kutip. Kutip untuk dibuat lepat. Buat lepat bunga chicha, cadang Makcik
          Melah ibu tumpang Imran selama ibu benarnya meninggal dunia terlebih awal.

                     Bunga-bunga chica dijemur di dalam badang di atas jemuran rumah. Jemuran
          bersulam kayu dan buluh bulat terhayun-hayun dipijak Makcik Melah. Tiada siapa yang
          rungut, tiada siapa yang komplin. Itulah dunia kami.

                     Setelah kering, bunga chica ditumbuk dengan lesung kayu. Cukup seorang
          sahaja menumbuknya, tidak perlu ramai-ramai kerana ia kerja mudah. Kakak Aishah
          tumbuk. Tidak sepayah menumpuk padi, menumbuk tepung beras dan menumbuk emping
          atau paoh untuk selingan makan-makan kami.

                     Imran dan Mad Chi kena pergi ambil daun pisang di kebun Pak Long Pi. Kebun
          pisang Pak Long Pi subur dan berpagar elok untuk menghalang lembu, kambing dan kerbau
          masuk merosakkan tanaman. Daun pisang dilayur dahulu. Layur untuk memudahkan
          membungkus lepat bunga chiha.

          Mak Cik Melah seorang manager yang baik. Kak Aishah kena kukur nyior dengan tekoran
          usang bergigi tajam. Tajamnya pun tidak sekata. Tapi itulah yang kami ada. Kak Aisyah
          kukur nyior hingga habis sebelah.

                     “Perah!”

                     Tepung beras yang kami tumbuk – Imran dan Mad Chi- masih ada, menjadi
          bahan utama. Sedikit tepung pulut dimasukkan bagi memekatkan adunan. Santan pekat
          dituang ke dalam besen besi bersama tepung pulut dan tepung beras. Garam dan gula
          sedikit-sedikit dimasukkan.



   274
   278   279   280   281   282   283   284   285   286   287   288