Page 281 - eDinamik
P. 281
Peristiwa hijrah Nabi SAW juga menunjukkan kepada kita akan kepentingan
perancangan dan strategi bagi mencapai satu agenda. Dalam perjalanan ke Madinah, Nabi
SAW tidak mengikuti laluan biasa, bahkan Nabi SAW telah mengupah Abdullah Bin Uraiqit
sebagai jurupandu perjalanan. Nabi SAW juga telah memerintahkan Amir Bin Fuhairah
untuk menutup jejak-jejak perjalanan dengan dilalukan sekumpulan kambing di sepanjang
laluan Nabi SAW (Ibn Kathir, 2004). Ini semua menunjukkan bahawa pentingnya
pelaksanaan dakwah pada hari ini disertai dengan strategi yang ampuh dan efisien agar
rahmat, kasih sayang dan toleransi Islam dapat dirasai oleh segenap lapisan masyarakat di
seluruh pelusuk dunia.
RUJUKAN:
Al-Mubarakfuri, Saffiyy al-Rahman. (2017). al-Rahiq al-Maktum – Sirah Nabawiyyah SAW.
Putrajaya: Yayasan Dakwah Islamiah
Ibnu Kathir. (2004). Tafsir al-Quran al-Adzim. Kaherah: Maktabah al-Sofa.
272