Page 12 - eBook Amali Kimia Nursharmimi Ameera
P. 12
PERBINCANGAN
A) Ujian Reagen Brady (Ujian DNP)
Ujian Reagen Brady menunjukkan keputusan positif kepada
aldehid dan keton. Bagi ujian ini, Reagen Brady ialah reagen 2,4-
dinitrofenilhidrazina yang digunakan untuk membuktikan kehadiran
propanal dan propanon. Ia bertindak dengan aldehid dan keton kerana
ia bertindakbalas dengan kumpulan karbonil, C=O dalam aldehid dan
keton. Apabila reagen bertindakbalas dengan keton atau aldehid, ia
akan menghasilkan 2,4-dinitrofenilhidrazon. Perubahan aldehid dan
keton kepada hidrazon adalah contoh tindak balas penyingkiran-
penambahan yang berlaku pada kumpulan karbonil tak tepu.
Keputusan yang diperoleh ialah larutan A menghasilkan
mendakan jingga manakala larutan B menghasilkan mendakan kuning.
Hal ini demikian kerana kumpulan karbonil aldehid dan keton bertindak
balas dengan reagen tersebut seperti di bawah.
2,4- dinitrofenilhidrazina 2,4-dinitrofenilhidrazon
10