Page 17 - eBook Amali Kimia Nursharmimi Ameera
P. 17

D) Ujian Iodoform



                       Ujian  iodoform  dilakukan  untuk  mengesan  kehadiran

               aldehid atau keton di mana salah satu kumpulan yang secara


               langsung melekat pada karbon  karbonil ialah kumpulan metil.

               Bagi  keton  ia  dikenali  sebagai  metil  keton.  Ujian  Iodoform


               boleh  digunakan  untuk  mengesan  asetilaldehid  bagi  aldehid

               dan  semua  metil  keton  yang  membentuk  iodoform,  CHI3  iaitu

               pepejal  kuning  dan  menghasilkan  bau  antiseptik.  Ujian


               iodoform  dalam  eksperimen  ini  dijalankan  dengan  apabila

               larutan kalium iodida (I) bertindak balas dengan larutan A dan


               larutan  B  dimana  masing-masing  adalah  aldehid  dan

               propanon.



                        Hasil  menunjukkan  propanal  dalam  larutan  A  tidak

               menghasilkan sebarang mendakan. Hal ini kerana hanya ada


               satu aldehid sahaja akan bertindak balas dalam ujian iodoform

               dan  membentuk  mendakan  kuning.  Contohnya  adalah


               asetildehid.  Manakala  propanon  dalam  larutan  B    telah

               menghasilkan  mendakan  kuning.  Keadaan  ini  disebabkan


               propanon  adalah  sejenis  metil  keton.  Mendakan  kuning  yang

               terbentuk  dalam  propanon  membuktikan  kehadiran  kumpulan


               α-metil  dalam  strukturnya.(Akmal  Adib,  2015).  Propanon

               dikategorikan  sebagai  kumpulan  metil  keton.  Dalam  metil


               keton,  mendakan  kuning  menunjukkan  kehadiran  kumpulan












                                                           15
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22