Page 15 - eBook Amali Kimia Nursharmimi Ameera
P. 15
C) Ujian Tollen
Menerusi ujian menggunakan reagen Tollen, larutan A
iaitu propanal menghasilkan cermin perak manakala larutan B,
propanon tidak menunjukkan apa-apa hasil. Dalam ujian
Tollen, kumpulan aldehid akan menunjukkan hasil positif.
Reagen Tollen merupakan salah satu bentuk Ag(I). Apabila
Reagen Tollen dimasukkan ke dalam larutan A, larutan A
dioksidakan kepada karboksilik anion dan Ag (I) diturunkan
kepada cermin perak.
Situasi ini adalah disebabkan aldehid lebih mudah
dioksidakan berbanding dengan keton. Kumpulan karbonil
yang mengandungi karbon dalam aldehid terdiri daripada
hidrogen yang terikat padanya. Diamminaargentum (I)
kompleks dalam campuran adalah agen pengoksidaan dan
reaktan penting dalam reagen Tollen.
Apabila reagen Tollen bertindak balas dengan aldehid,
diamminaargentum (I) kompleks mengoksidakan aldehid ke ion
karboksilat. Kemudian, ia diturunkan menjadi argentum dan
ammonia akues. Elemen argentum terenap dan membentuk
cermin perak (silver mirror). Ion karboksilat semasa
pengasidan akan membentuk asid karboksilik yang sepadan.
Asid karboksilik tidak terbentuk secara langsung apabila tindak
balas berlaku di bawah keadaan alkali. Persamaan umum
untuk tindak balas keseluruhan ditunjukkan di bawah:
13